DIY & Kraf

DIY Tabung Spongebob Yang Comel Untuk Pupuk Minat Anak Menabung Dari Kecil!

16
SHARES

“Macam mana aku nak buat bagi anak minat menabung? Okay, apa kata cuba buat tabung yang comel-comel mesti tertarik!”

Mendidik anak untuk mempunyai minat menabung dari kecil adalah penting supaya mereka membesar menjadi anak yang pandai menguruskan kewangan. Namun, untuk menarik minat mereka supaya suka menabung adalah dengan menyedikan reka bentuk tabung yang dapat menarik perhatian mereka supaya mahu menyimpan duit. Jom kita DIY tabung spongebob yang comel ini!

DIY Tabung Spongebob

Ni tabung ke-2 saya buatkan untuk si kecik ni. Tabung minion dia dulu dah penuh dan berat. Anak pulak suka main dan bawak merata-rata jer tabung dia, tu yang kena buat tabung baru. Saya memang sengaja buat tabung dengan kartun yang anak suka sebab nak latih anak menabung. Lagi 1, saya suka buat banyak lubang syiling dengan pelbagai posisi (melintang —, tegak |, sendeng kanan / dan kiri \) sebab nak rangsang anak gerak/pusingkan pergelangan tangan (masa masuk duit). Masa 1st time buatkan tabung dulu, anak tak boleh masukkan duit dalam lubang posisi sendeng. Tapi sebab kerap simpan duit dalam tabung dia, alhamdulillah anak dah takde masalah nak masukkan syiling dalam semua posisi.

Kalau dulu saya buatkan tabung dengan part yang boleh cabut & tampal semula. Kali ni cuma buatkan tangan je yang boleh pusing.

STEP 1

1st buat template dari kertas A4 atau print jela kalau malas nak lukis. Step ni penting untuk tentukan saiz gambar & supaya korang tak bazirkan kertas foam bila tersalah lukis.

STEP 2

Lepas ambil ukuran badan, seluar & baju dari template tadi, lukis atas kertas form pulak. Potong je part kecik² macam hidung, pipi, tie dsbnya dari template tadi, lepas tu lukis bentuknya atas kertas form. Untuk mata saya guna penutup botol & anak mata saya guna roll benang je haa.

STEP 3

Tampal semua part & lukis bahagian mulut. Gigi tu potong biar panjang sikit pun takpe.

STEP 4

Sebab kita akan trim bentuk gigi bergantung pada bentuk mulut yang korang lukis

STEP 5

Guna 2 bendable straw untuk buat tangan kanan & kiri. Potong 4 & bengkokkan untuk bahagian bahu & potong 2 dihujung satu lagi untuk masukkan tapak tangan. Guna double sided tape supaya tak mudah tercabut.

STEP 6

Buat 2 lubang pada badan untuk masukkan straw.

STEP 7

Gunakan selotape dibahagian belakang straw & tampal double sided tape di bahagian belakang form. Pastikan anda dah siap lukis gambar sebelum tampal kat botol ye.

*Sebelum ni ada yang tanya cara saya buat lubang pada botol. Saya buat tanda dengan marker, potong dengan cutter, cairkan sikit bahagian tajam dengan pisau yang dipanaskan. Nak guna hujung pemegang garfu pun boleh je..

Langkah ni penting supaya bahagian dipotong tak tajam & selamat untuk anak main. Saya suka tampalkan selotape gak pada bahagian lubang syiling ni sebagai double secure. Selotape bahagian dalam tu, mane part jari tak sampai, boleh tekan dengan berus lukisan/lidi je.

SIAP!

Comel kan? Jom cuba!

Sumber : Yatie Eimra

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×