Deko & Hias

Bajet ‘Hangus’ Tak Sampai RM150, Lelaki Ini Berjaya DIY Table Bar Dapur Untuk Isteri

437
SHARES

Ruang dapur yang luas dan selesa menjadi impian sesiapa sahaja khususnya buat si isteri. Bukan sekadar mendekorasi ruangan dapur yang semata-mata digunakan untuk memasak, malah ruangan ‘lepak’ menggunakan table bar di sekitar kawasan dapur juga perlu dititikberatkan. Mana tidaknya, ruangan ini akan menjadi penyeri dapur dan boleh juga digunakan sebagai meja sarapan pagi tanpa perlu menggunakan meja makan utama.

Jadi, suami ini berkongsikan cara DIY table bar dengan menelan kos tak sampai RM 150.00! Memang hasilnya menjadi dan nampak simple.

DIY KAUNTER TABLE BAR KOS BAJET

Percaya tak kome kos kaunter table bar maktam ni kos tak sampai pun 150.00? Meh maktam share. Sebenarnya maktam dah lama teringin nak buat bar table ni kat rumah singgah maktam ni.. duk riki hat ikea ok gak.. tapi ikea jauh lepastu maktam takde transport pula nak bawak top dia hat beso2 tu..kiki

So maktam buat la sendiri..berbekalkan imaginasi maktam dan paktam realisasikan..Biasalah isteri sentiasa jadi mandor.

1.Papan playwood 12mm 2×4 = 17.50

2.2 batang kayu inci 2×1 panjang 6 kaki= 5.00

3.5 shelves compactment = 59.90 tesco

4.Kaki sofa = 2.50/ beli 4 = 10.00

5.Wallpaper marble jenis pvc = 6.60 semeter

6.Sesiku L = 2.00

7.Cat kayu =36 .00

8.Total = 137.00 sahaja..

Siap dah.. jadila.. nanti kita cari stool ye.

Cantik dan simple!

Sumber: Atam Ayue

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×