DIY & Kraf

DIY Pepper Spray Hanya Guna Cili Padi, Wajib Ada Dalam Handbag!

diy pepper spray

Menjadi seorang wanita bukanlah mudah seperti yang disangka. Kemana sahaja anda pergi, amat penting untuk anda mengutamakan keselamatan dan sentiasa berjaga-jaga dengan keadaan sekeliling. Ekoran banyak kes melibatkan gangguan seksual dalam kalangan wanita, penting untuk wanita sekalian melakukan sedikit ‘persediaan’ tidak kira dalam bentuk pertahanan diri seperti taekwando atau anda juga boleh bawa pepper spray!

Memang penting untuk setiap wanita mempersiapkan diri dengan pepper spray supaya boleh digunakan dalam situasi genting. Susah nak dapatkan pepper spray di kedai? Jangan risau kerana anda dah boleh buat secara sendiri di rumah guna cili padi. Bajet pun tak banyak!

DIY PEPPER SPRAY DENGAN MUDAH!

1. Pertama sekali, apa yang anda perlukan adalah botol spray. Boleh didapatkan di kedai serbaneka dalam pelbagai saiz. Tapi, kalau nak mudah, beli sahaja saiz botol yang anda mudah letakkan dalam beg.

2. Bahan kedua adalah cili api.

3. Potong cili padi menjadi kecil supaya mudah dimasukkan ke dalam botol.

4. Agak-agak hampir penuh juga botol tersebut dengan cili padi.

5. Akhir sekali adalah masukkan air ke dalam botol dan goncangkan sekuat hati. Kalau anda nak tahu berkesan atau tidak, anda boleh cuba spray di permukaan plastik dan bau. Memang boleh pedih hidung!

*Senang je dah siap. Kalau ada orang kacau, boleh terus spray!

Sumber : Mary Ferjel

Most Popular

To Top