Famili

DIY Lampu Dinding Bajet Guna Barang Harga RM2 Sahaja

330
SHARES

Pencahayaan yang baik di dalam kawasan rumah adalah antara elemen yang penting untuk menampakkan suasana ruang dalam rumah menjadi lebih eksklusif dan luas. Salah satu caranya untuk meletakkan lampu dinding di kawasan-kawasan tertentu seperti kawasan hadapan rumah dan di ruang tamu. Oleh itu, kalau nak cuba buat lampu dinding dalam bajet yang rendah pun boleh juga dengan cara dalam perkongsian ini. Guna barang harga dua ringgit saja!

Lampu dinding bajet.

Seperti dijanjikan, hani kongsi langkah-langkah nak buat lampu dinding dari barang-barang Eco ni. Sebenarnya tutorial untuk buat lampu dinding dah banyak kat Facebook haha tapi berbeza-beza lah cara orang buat. Tapi yang hani kongsikan ini cara yang mudah dan praktikal bagi hani. Apa-apa cara pun yang penting di mata kita cantik itu yg utama.

Boleh tengok gambar untuk langkah-langkah nya ya. Semua barang adalah dari Eco kecuali penyangkut (hook) yang hani tampal kat tapak bakul.

Benda yang perlu ada

-L-shape bracket – Eco RM2
-bakul plastik – Eco RM2
-lampu bateri – Eco RM2
-plastik hook (hook ni special sbb dia punya hook boleh laras kedudukan pencangkuk dia) – Mr. DIY RM1.60 (utk 6 pcs, gambar dalam komen)
-cat spray (hitam) – Eco RM2 (optional)
-cable tie (hitam) – hani beli dari Eco juga

Keperluan lain
-soldering gun

JOM TENGOK CARA NAK BUAT PULA

1. Penyangkut ni boleh laras kedudukan dia (rujuk gambar sebelah)

2. Contoh nanti hani lekatkan pada bahagian dalam tapak bakul. Lampu menggunakan kuasa bateri. Ada suis hitam untuk on off lampu dan boleh tukar tiga jenis pencahayaan lampu. Malap, terang dan berkelip-kelip.

3. Lepas hani cat bakul (mengikut warna tema rumah), hani buat lubang di tapak bakul (bhgn luar) menggunakan soldering gun. Soldering gun ni pun hani beli di Eco khas untuk projek kerastangan #diyhani. Mmg hani khaskan utk buat lubang di plastik je kerja dia haha. Sebelum buat lubang utk masukkan cable tie tu kena tandakan dulu kedudukan lubang berdasarkan L shape bracket tadi. (Rujuk gambar sebelah)

4. Masukkan cable tie dalam lubang.

5. Tetapkan kedudukan L-shape bracket. Dan “ikat” bracket tu dengan cable tie.

6. Dah siap. Bagi hani cara ni senang. Tinggal nak screw kan ke dinding je. Screwkan ‘L-shape bracket’ kat dinding. Ada yang pasangkan terbalik (upside down). Terpulang pada citarasa masing2. Hani lebih suka pasang mcm ni supaya nampak corak beralun pada bracket tu.

7. Pandangan dari dalam bakul. Nampak tak cable tie tu? Potong lebihan cable tie utk lebih kemas. Tampal ‘hook’ yg boleh laras beli kat Mr Diy tadi. Jangan risau hook ni kuat. Dah 3 bulan gantung lampu kat situ tak jatuh pun.

8. Kat lampu tu hujung nya ada penyangkut. Boleh sangkut je kat ‘hook’ tu. Kalau nak on -off button atau nak tukar bateri senang. Tanggalkan je lampu tanpa usik bahagian lampu yang lain.

9. Pandangan bila dah sangkut. Kalau ada soalan tanya je ya.

Sumber : Hani Mynis 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×