Bila sudah masuk bulan November dan Disember, pastinya undangan majlis perkahwinan tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Bukan sahaja undangan, para pengantin pun sedang giat untuk menyiapkan segala jenis hantaran supaya nampak lebih meriah. Salah satu jenis hantaran yang menjadi kegemaran pengantin adalah Ferrore Roche Tower yang semestinya akan menjadikan dulang hantaran anda nampak ‘mahal’.
Jadi, untuk pengantin yang nak berjimat, sebenarnya anda boleh DIY sahaja Ferrero Roche ini. Macam mana nak buat? Mudah saja!
BAHAN-BAHAN
-Ferrero roche
-Span
-Aluminium foil
-Glu gun
– Reben
-Pokok hiasan
STEP BY STEP GUBAHAN
1. 2 ketul span hijau dilekatkan. Span ni span bunga ye. Guna hot glue.
2. Potong dan bentukkan span guna pisau. Potong je mcm mana korang nak asalkan dapat bentuk lebih kurang mcm ni.. Lepas wrap nanti boleh tekan-tekan untuk kemaskan span.
3. Aluminium foil untuk wrap span hijau
4. Wrap sesuka hatimu
5. Siap wrap!
6. Lepas wrap tu kalau masih nampak garis-garis span tu korang tekan-tekan je bagi rata.
7. Boleh start susun choc. Tak perlu lidi.
8. Letak hot glue di tapak choc.
9. Kak Hani start susun dari atas. Sebab nak tinggalkan sikit space kat bawah untuk cucuk bunga. Kalau korang nak start susun dari bawah terpulang.
10. Susun la kemas-kemas.
11. Ok yang susun tadi dah siap kan..mcmana nak dapatkan muncung kat atas tu? Tadi bulat sikit kan susunan atas. Tengok gambar seterusnya.
12. Bahagian atas tu tambah choc macam ni. Lekat pada choc paling atas.
13. Ada tinggal space sikit kat bawah tu Kak Hani cucuk bunga untuk deco.
14. Gubahan bunga dah siap..letak ribbon. Ok settle.
*Nampak eksklusif kan?
Sumber: Hantaran by Hani