Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dilaksanakan di negara kita, boleh dikatakan ramai dalam kalangan kita yang sering memuatnaik foto di laman media sosial sedang mendeko rumah. Ada yang melakukan ‘spring cleaning’ dan ada juga yang menambahbaik susunan dalam bilik supaya kelihatan cantik.
Selain pokok viral, cermin berbentuk hexagon juga menjadi viral kerana meletakkan cermin bukan sahaja boleh menjadikan rumah nampak luas malah kelihatan lebih ekslusif.
DIY CERMIN HEXAGON
Viral punya pasal sampai dapat kami cari..habis terus last tinggal kat kami..hanya tinggal saiz kecik je..ingat nk cari warna gold tapi dah habis, beli spray gold sparkling buat sendiri warna.
BAHAN-BAHAN
-Cermin hexagons 1set 3pcs
-Colour : gold/black/silver
-Besar : RM17.50
-Kecil : RM12.90
-Spray sparkling gold : RM7.45
Lokasi : MR.DIY seluruh malaysia (dalam gambar dekat diy aeon big falim ipoh)
*Kalau nak lekatkan cermin tu kat dinding elok guna “nail glue” atau ” hot glue gun” baru kuat sikit ada contoh dalam gambar..nak pakai double tape pun boleh tapi kena berdouble letak sebab permukaan tak rata sangat.
*Pakai masking tape untuk tutup cermin sebelum process spray (kena gigih sikit la..hehe) Masa nak spray tu kena betul-betul, jangan spray waktu ada angin..spray waktu tengah hari panas..baru merelip.
Sumber: Muhammad Hafifi