DIY & Kraf

DIY Cat Lantai Epoxy Untuk Atasi Masalah Tikar Getah Selalu Terkoyak, Baru Kemas!

91.3K
SHARES

“Alamak, tikar getah ni dah berapa kali dah aku tukar cepat sangat koyak”

Penggunaan tikar getah di dalam rumah sudah menjadi kebiasaan, tambah pula bagi golongan bujang. Mudah untuk disapu dan boleh ditukar pelbagai warna dan corak menjadi salah satu faktor ramai memilih untuk menggunakan tikar getah. Tetapi, bila ada anak-anak kecil khususnya, memang tikar getah pun mudah terkoyak! Dah nak kena beli yang baru lagi.

Jadi salah satu solusinya adalah menggunakan teknik cat lantai menggunakan cat epoxy supaya kelihatan lebih kemas. DIY saja pun boleh siap dalam masa sehari.

DIY CAT LANTAI BOLEH GANTI TIKAR GETAH KOYAK

Sorry u all since posting saya pasal cat epoxy ganti tikar getah lama yang koyak tu bertubi-tubi comments masuk sorry tak dapat nak response semua comment sebab terlalu banyak sangat.

Saya pun bru 1st time cat epoxy ni dekat rumah yang saya sewa ni sebelum ni pon pakai tikar getah jer..idea ni dapat dari member kita jugak dalam group ni thanks ya.

Cat ni nama epoxy ivory heavy duty. Saya beli 5 liter RM135 jer

Cara-cara pengunaan

-Cat ni kena bancuh dengan epoxy hardener

-Once dah bancuh kena gunakan sampai habis kalau tak cat akan membeku.

-Tempoh masa untuk kering lebih kurang 2 jam tapi lagi better biarkan seharian

-Banyak pilihan warna juga antaranya grey, green yellow dan banyak lagi lah..

-Saya cat menggunakan brush roller yang kecil ada contoh dalam gambar kat bawah..

 

-Kalau boleh gunakan brush kecil untuk sapu dibahagian tapi dahulu kemudian barulah guna roller di bahagian tengah..

Selamat mencuba!

Sumber : Kelab Kaki Deco Kaison

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×