Kewangan

Tabung Haji Umum Hibah 1.25%, Terendah Dalam Sejarah

1.2K
SHARES
Dividen tabung haji 2019

Hari ini Tabung Haji (TH) mengumumkan nilai dividen atau hibah 1.25% bagi tahun 2018 melibatkan agihan keuntungan RM913 juta.

Walaupun jauh menurun berbanding 6.25% pada tahun sebelumnya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mengumumkan kedudukan kewangan TH kembali pulih dengan lebihan aset RM1 bilion berbanding nilai defisit RM4.1 bilion pada laporan kewangan diaudit 2017.

“Setakat 31 Disember 2018, TH merekodkan aset keseluruhan berjumlah RM76.5 bilion, lebih tinggi daripada liabiliti bernilai RM75.5 bilion.

“Manakala pendapatan direkodkan pada RM4.2 bilion dan keuntungan boleh agih mencecah RM2 bilion,” katanya ketika pengumuman prestasi kewangan 2018 TH di Putrajaya pada Jumaat.

Mujahid berkata, sejak melakukan penstrukturan aset, TH merekodkan rosot nilai RM1.5 bilion melibatkan rosot nilai pelaburan, perladangan, hartanah, pembinaan dan marin minyak dan gas.

Pemberian hibah itu boleh dilakukan selepas prestasi kewangan 2018 memenuhi 2 syarat iaitu

  • mempunyai keuntungan boleh agih dan
  • aset melebihi liabiliti mengikut Akta Tabung Haji 1995.

Berikut adalah kenyataan penuh oleh TH berhubung agihan hibah bagi tahun kewangan 2018 yang diumumkan sebentar tadi.

 

Respon Netizen

Sungguhpun ramai yang melahirkan rasa terkilan atas penurunan nilai hibah ini, namun rata-rata rakyat memahami keadaan TH yang sedikit bermasalah pada tahun lalu.

Namun, ada juga yang meluahkan rasa kesal dan sedih serta menzahirkan harapan agar prestasi kewangan TH dapat pulih sepenuhnya dalam masa terdekat.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×