Kewangan

Dividen ASB 2020 Diumum 4.25 sen, Ehsan 0.75 sen. Kadar Terendah Dalam Sejarah

19
SHARES
dividen asb 2020

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan bagi dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020.

Pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM7.6 bilion akan memanfaatkan 10.2 juta pemegang unit yang memiliki 173.2 bilion unit dalam ASB.

Pembayaran tersebut terdiri daripada pengagihan pendapatan 3.50 sen seunit dan bonus 0.75 sen seunit dengan jumlah keseluruhan sebanyak 4.25 sen seunit.

Bersempena Ulang Tahun ke-30 ASB, pemegang unit akan turut menerima khas Ehsan 0.75 sen seunit sehingga 30,000 unit pertama.

Pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus ASB adalah berdasarkan baki purata minimum bulanan yang dimiliki sepanjang tahun kewangan. Unit yang dilaburkan semula dari pengagihan pendapatan dan bonus akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Januari 2021.

Urus niaga ASB telah ditangguhkan buat sementara waktu dari 22 Disember 2020 hingga 3 Januari 2021 bagi memudahkan pengiraan pengagihan pendapatan.

Pemegang unit boleh menyemak dan mengemas kini akaun mereka melalui www.myasnb.com.my atau aplikasi mudah alih myASNB, atau di mana-mana pejabat cawangan dan ejen ASNB di seluruh negara apabila urus niaga beroperasi semula pada 4 Januari 2021.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×