Pilihan Editor

Disney+Hotstar Bakal Dilancarkan Di Malaysia, Padat Dengan Rancangan Blockbuster!

12
SHARES

Siapa yang tidak mengenali syarikat gah antarabangsa Disney yang selalu menyajikan filem-filem blockbuster bukan? Terbaharu,  Syarikat Walt Disney mengumumkan perkhidmatan penstriman yang dinanti-nantikan iaitu Disney+ Hotstar yang bakal dilancarkan di Malaysia pada 1 Jun 2021.

Penonton kini mempunyai satu lagi cara untuk menikmati kandungan menarik daripada jenama-jenama hiburan yang paling ikonik di bawah Syarikat Walt Disney, termasuk Disney, Pixar, Marvel, Star Wars, National Geographic dan pelbagai siri hiburan dan filem umum bagi khalayak dewasa muda, serta karya-karya tempatan dan Asia yang terulung. Semuanya menerusi satu platform tunggal!

DISNEY+HOSTAR PADAT DENGAN BARISAN RANCANGAN BLOCKBUSTER!

disney hotstar

Pengguna boleh melanggan Disney+ Hotstar secara terus dengan harga RM54.90 untuk setiap tiga bulan, atau melalui pakej khas dengan Astro bagi menikmati akses kepada koleksi kandungan yang begitu luas.

Pelanggan berpeluang menikmati Disney + Originals, seperti The Mandalorian dan High School Musical: The Musical: The Series, serta WandaVision, The Falcon and The Winter Soldier dan Loki daripada Marvel Studios. Barisan rancangan ini merupakan tambahan kepada siaran “blockbuster” dan barisan kandungan terbaharu, termasuk Avengers: Endgame, Avengers: Infinity War dan Black Panther daripada Marvel Studios.

disney hotstar

Bagi menzahirkan sokongan terhadap komuniti filem tempatan, Disney+ Hotstar telah memeterai satu siri perjanjian beberapa tahun dengan studio-studio tanah air yang terkemuka seperti Skop Productions, Revolution Media Films, Primeworks Studios, WAU Animation, Act 2 Pictures, Les’ Copaque Production, Red Films dan sebagainya.

Selain itu, beberapa filem Malaysia yang paling ikonik dan terunggul, termasuk J Revolusi, Tombiruo, KL Special Force, Ejen Ali The Movie, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal, Munafik, Istanbul Aku Datang! akan disajikan juga kepada penonton. Tak sabar!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×