Inspirasi

‘Didik Anak Sampaikan Kebaikan’ -Surat Comel Kanak-Kanak Ini Dibalas Oleh KP Kesihatan

15
SHARES

Dalam kita sedang menghadapi situasi sukar melawan wabak pandemic yang melanda seluruh dunia, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, merupakan wajah yang menjadi inspirasi ramai. Hal ini kerana tertiba katanya dan kekal tenang ketika menyampaikan informasi kepada orang ramai disenangi ramai. Malahan, baru baru ini beliau telah dinamakan sebagai antara doktor terbaik dunia oleh China Global TV Network (CGTN), berdasarkan kewibawaan beliau menangani krisis COVID-19.

Rupa-rupanya, bukan sahaja dalam kalangan orang dewasa sahaja yang ‘meminati’ kreadibilit Dr. Noor Hisham ini. Seperti yang dikongsikan di laman Facebook Mafas Hasan, seorang kanak-kanak telah menghantar surat ucapan kepada KP Kesihatan tersebut dan mendapat reaksi yang positif! Comel!

SURAT DARI LARA UNTUK KP KESIHATAN

Surat yang comel dibalas KP Kesihatan.

Sesungguhnya Ketua Pengarah Kesihatan kita seorang yang tinggi budi pekertinya, hebat adab dan santunnya, tenang tindakkannya dan tertib tutur katanya.

Sesungguhnya segala puji-pujian itu adalah milik Allah dan diberikan kepada mereka yang terpilih sahaja.

Terima Kasih Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dan kumpulan Frontliners kerana menjaga keselamatan kami.

DAPAT SURAT BALAS DARI KP KESIHATAN

Menerusi surat tersebut, kanak-kanak bernama Lara dan berumur sembilan tahun ini masih bersekolah di Sekolah Kebangsaan Budiman, Kuala Terengganu. Bukan itu sahaja, dia turut memberi seutas gelang getah hasil buatan dirinya untuk Datuk Dr Noor Hisham sebagai tanda penghargaan usaha bertungkus-lumus beliau memastikan Malaysia berada dalam keadaan selamat.

Sudah pakaikan ke cucu beliau.

Pastinya kanak-kanak ini bertambah seronok apabila surat yang dihantar mendapat respon dengan kata-kata yang penuh tertib.

DIDIKLAH ANAK MENULIS BENDA YANG BAIK

Bukan sahaja mendapat balasan positif dari Datuk Dr.Noor Hisham, malah tindakan comel adik ini juga mendapat reaksi positif dari ibu bapa yang lain.

Ternyata ramai yang terharu dengan bait-bait ayat yang tertulis dalam surat balasan kepada Lara. Antaranya adalah, Dr Hisham sendiri percaya bahawa Lara adalah generasi akan datang yang akan membantu membanggakan negara Malaysia. Memang inspirasi!

Sumber: Mafas Hasan, Azizul Azli Ahmad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×