Didik

“Jangan Risau Anak Tak Ke Sekolah, Mungkin Ini Masanya Allah Nak Kita Ambil Tanggungjawab”

3
SHARES

Nampaknya, sesi persekolahan anak-anak kita pada tahun ini masih menjadi tanda tanya. Baru-baru ini, Kementerian telah memutuskan bahawa sesi persekolahan tidak akan disambung selagi penularan wabak ini tidak selesai. Jadi, pembelajaran melalui sistem pendidikan televisyen telah diperkenalkan.

Namun tanpa kita sedar, pendidikan di sekolah sebenarnya tidak juga merangkumi semua aspek. Rupa-rupanya pendidikan yang lengkap bermula dari pendidikan di rumah itu sendiri. Inilah masanya untuk ibu bapa mengasah skil anak bukan sahaja dari segi IQ, malah dari segi rohani dan emosi anak-anak juga.

Ini fakta yang mak ayah WAJIB tahu bila anak tak dapat pergi sekolah

Ada bermacam jenis NILAI & KEPANDAIAN lagi yang mak ayah boleh ajar anak walaupun anak tak boleh pergi sekolah.

Pertama kita kena tahu di sekolah tu kebanyakannya yang diasah cuma Intelligence Quotient ( IQ ) sedangkan nak jadikan anak kita berjaya dalam hidup dia bukan cuma perlu asah IQ semata, anak kita juga perlu hebat Spiritual Quotient (SQ) dan Emotional Quotient (EQ).

Haaa..di rumah lah tempat kita boleh asah EQ dan SQ tu. Memang EQ dan SQ tu luas dan susah nak diukur sebab tu ramai mak ayah ambil ringan benda ni padahal 90% faktor kejayaan anak dalam hidupnya bergantung pada benda ni. Ada beberapa perkara yang sekolah sendiri pun tak mampu nak ‘measure’ dan nilai.

PERKARA WAJIB MAK AYAH AMBIL BERAT

Ini beberapa perkara mak ayah WAJIB ajar dan ambil berat pada anak walaupun ianya tak boleh nak diukur oleh sistem yang ada di sekolah anak anak :

+ Resilience – Ajar anak kita untuk ada daya tahan ketika menghadapi ujian hidup

+ Faith – Ajar anak kita untuk mempunyai Belief system yang kuat dan betul

+ Kindness – Ajar anak kita buat kebaikan setiap hari

+ Diligence – Ajar anak kita ketekunan dalam setiap perkara di dalam hidupnya

+ Grit – Ajar anak kita untuk memiliki daya juang yang tinggi untuk bertahan dalam hidupnya

+ Compassion – Ajar anak kita untuk mempunyai belas kasihan kepada diri sendiri dan orang lain di sekelilingnya

+ Sense of humor – Tunjukkan kepada anak kita kebolehan melihat sesuatu daripada sudut yang menyeronokkan

+ Manners – Ajar anak kita untuk beradab dan tahu untuk ‘behave’ di depan orang lain terutamanya orang yang lebih tua

+ Fortitude – Ajar anak kita untuk tabah dan kuat semangat bila berhadapan dengan ujian berat dalam hidupnya

Kepada mak ayah semua. Jangan bersedih ya walau anak anak belum boleh bersekolah. Mungkin inilah masanya Allah nak kita ambil kembali tanggungjawab mendidik anak kita kerana mungkin didikan kita di rumah lah sumber dan rahsia kejayaan anak kita suatu hari nanti di dalam hidupnya.

Sumber: Taufiq Razif

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×