Hebahan

Diberi Makan Nanas Berisi Bahan Letupan, Gajah Bunting Ini Mati Berdiri Dalam Sungai

18.5K
SHARES

Segelintir manusia sememangnya dilahirkan tanpa perasaan belas kasihan terhadap binatang. Bukan sahaja sanggup menyeksa binatang, malah sanggup mendera binatang itu sehingga mencederakan yang boleh mengundang maut begitu sahaja. Adakah ianya disebabkan perasaan benci terhadap binatang atau disebabkan kepuasan diri sendiri?

Terbaharu, melalui perkongsian oleh Mohan Krishnan dilaman Facebooknya, dia berkongsi tentang kejadian sedih yang menimpa seekor gajah dimana ia dibunuh dengan diberi makanan berisi bahan letupan. Lebih menyedihkan gajah teersebut mati dalam keadaan bunting. Perkongsian berkenaan kejadian yang berlaku di India ini mendapat lebih 5.5 ribu perkongsian dilaman Facebook dan lebih 1 ribu komen yang rata rata sedih dengan kejadian itu.

Pemberi Makanan Tidak Berhati Perut

Menurut Krishnan yang bekerja sebagai Pegawai Hutan itu, gajah betina tersebut keluar untuk mencari makanan di kamping berdekatan dan dimana seorang ‘selfish man’ telah memberinya buah nenas untuk dimakan. Buah nenas tersebut dipenuhi dengan bahan letupan terlebih dahulu sebelum diberi makan kepada gajah tersebut.

“She trusted everyone,” tulis Krishnan di Facebooknya.

“When the pineapple she ate exploded, she must have been shocked, not thinking about herself  but about the child she was going to give birth to in 18 to 20 months.”

Letupan dari memakan nenas yang berisi bahan letupan itu mengakibatkan lidah serta rahang gajah tersebut cedera parah. Kesan daripada itu, gajah tersebut tidak dapat memakan atau mengunyah makanan seperti sedia kala. Menurut Pegawai Hutan itu lagi, gajah itu tidak langsung merempuh atau merosakkan rumah-rumah yang ada di kampung tersebut walaupun dia sedang dalam kesakitan.

Gajah Bunting Itu Mati Berdiri Di Dalam Sungai

Gajah tersebut yang disahkan bunting dan akan melahirkan dalam tempoh 18 hingga 20 bulan lagi itu ditemui mati berdiri di dalam Sungai Velliyar yang terletak daerah Malappuram, utara Kerala. Ianya dilihat dalam keadaan berdiri sedang merendamkan bahagian belalai dan mulutnya yang cedera akibat letupan itu. Ianya juga seakan mengelak lalat dan serangga untuk mendekati lukanya itu.

Gajah tersebut disemadikan dengan diberikan penghormatan yang sewajarnya di atas kayu api di tanah tempatnya bermain dan membesar. Menurut Indian Express, kejadian seperti ini bukanlah kali pertama berlaku di India, malah sudah banyak gajah yang mati akibat dari perbuatan khianat manusia sendiri. Sebanyak 510 ekor gajah dibunuh sekitar tahun 2014 hingga 2015 dan 2018 hingga 2019.

Sumber : Daily Mail , Mohan Krishnan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×