40 Minggu

“Buah Pinggang Bengkak Sedikit”- Ibu Ini Kongsi Pentingnya Detail Scan Bayi Selain Tahu Jantina

116
SHARES

Bagi ibu yang sedang hamil, pastinya tidak sabar untuk menanti ketibaan cahaya mata tersebut bukan? Salah satu cara untuk anda tahu kondisi si manja dalam kandungan adalah dengan melakukan process scanning di hospital atau klinik berdaftar. Detail Scan merupakan salah satu proses imbasan dalam kandungan yang sebenarnya bukan sahaja boleh mengetahui jantina kandungan malah, hal-hal yang lain juga.

Ibu ini juga turut berkongsikan pengalaman beliau yang boleh dijadikan panduan buat ibu di luar apabila beliau boleh mengetahui kondisi buah pinggang anak yang membengkak walaupun masih dalam kandungan.

Day 317! HOW FAR DETAIL SCAN WILL SAVE YOU?

⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Saya start buat detail scan masa 20 weeks. Masa ni Fatih dah start tendang perut & gender dia pun dah nampak masa ni. Doctor akan mula scan dari kepala, muka, tangan, jantung, perut, sampailah ke kaki. Semua aspek diambil kira. Alhamdulillah Fatih mmg semuanya ok, sampailah…


Bila doctor scan kidney dia, doctor suspected something. Doctor nampak kidney dia ada sedikit membengkak (dilated kidneys atau nama scientific dia Bilateral Pyelactasis) jadi doctor terus buat surat utk saya refer pakar di hospital. Berdasarkan input yg saya dpt dari kesemua doctors & pakar yang saya consult, dilated kidney ni actually quite common dlm baby lelaki. Selalunya akn detect kidney membengkak ni masa second trimester. Tapi kidney tu akn mengecil dgn sendirinya bila masuk third trimester (kidneys must be not more than 1 cm).

TIADA TREATMENT, HANYA MONITOR DAN OPERATION SAHAJA

There is no treatment for this. Hanya close monitoring & operation saja (if things got worse). Alhamdulillah, syukur kpd Allah.. During Fatih’s 4 months old..Doctor dah sahkan yg kidney Fatih betul2 normal. No abnormality detected. Kencing dia pun ok, berat badan dia pun ok, minum susu pun makin byk dah sekarang. So paediatrician kata there’s nothing to be worry about.


Apa yang saya nak emphasise kan kat sini.. Detail scan sewaktu pregnancy sgt penting. Sbb dari detail scan lah kita boleh expect something normal/abnormal kat anak kita. Of course kita sebagai parents, kita nakkan yg terbaik utk anak kita. So we must prepare everything, including financial, emotional & support.


Tbh, berat hati saya untuk terima keputusan doctor bila dia kata kidney Fatih problem masa mula-mula detail scan dulu. Tapi saya cuba utk redha, sabar & anggap kesemua ini adalah ujian. Suami & family byk sgt bagi support utk saya supaya terus tabah. Masa pregnant juga, saya tak putus2 berdoa & banyakkan dgr/baca Al-Quran supaya Allah permudahkan urusan & berikan petunjuk. Alhamdulillah syukur sbb semuanya berjalan dgn sangat smooth sekali. That’s more than enough. Now we are blessed with this kid. We are so grateful and couldn’t thank for more. In shaa Allah akn dijaga dengan sebaiknya amanah Allah ini.

Sumber : The Ashlana

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×