Rakyat

Anda Sebenarnya Boleh Didenda RM300 Kalau Buang Sampah Keluar Kenderaan

84
SHARES

“Perghh…. Sedap je dia buang kotak rokok kat luar kereta. Tension betullah, takde undang-undang ke untuk hukum pesalah macam ni!?”

Memang kes buang sampah keluar kenderaan macam ni boleh dikatakan masih banyak berlaku di Malaysia. Ada yang buang kulit rambutan, puntung rokok, botol minuman, plastik makanan dan macam-macam lagilah.

Dahlah mengotorkan alam sekitar, mencacatkan pandangan, membahayakan pengguna jalan raya, dan boleh menyusahkan orang kalau benda tu menjadi halangan di jalan raya kan?

Tahukah anda sebenarnya kesalahan ini bikeh dikenakan tindakan oleh pihak Polis Diraja Malaysia.

Menurut posting terperinci oleh Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), kesalah ini boleh didakwa di bawah Kaedah 52, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/1959) dengan denda maksimum RM300.

KESALAHAN MEMBUANG SAMPAH DARIPADA KENDERAAN

Amalan menjaga kebersihan persekitaran bukan sahaja dituntut oleh setiap agama, malah perbuatan tersebut juga perlu dipraktikkan dalam kalangan pemandu dan penumpang kenderaan.

Terdapat segelintir pemandu atau penumpang yang suka mengamalkan tabiat membuang sampah di atas jalan raya melalui tingkap kenderaan. Tindakan tersebut adalah perbuatan buruk kerana sampah yang dibuang bukan sahaja mencemarkan alam sekitar, malah membahayakan pengguna jalan raya yang lain sehingga boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.

Perlu diingat, membuang sampah dari kenderaan juga boleh dikenakan tindakan di bawah Kaedah 52, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/1959) dengan denda maksimum RM300.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya mengumpul sampah dalam kenderaan terlebih dahulu dan membuangnya di tempat yang disediakan apabila berhenti untuk berehat ketika memandu.

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#SayangiDiri
#IngatOrangTersayang

Bukannya Susah Sangat Kan?

Kadang-kadang rasa tak boleh brain orang yang suka buang sampah kat luar kenderaan ni.

Rata-rata netizen pun ramai nak tahu kalau kesalahan begini boleh dilaporkan oleh orang awam melalui saluran yang mudah seperti aplikasi Whatsapp.

Yelah, bengang kot tengok orang berperangai ‘busuk’ macam ni. Apa salahnya kump kejap sampah tu dalam plastik. Nanti dah sampai, jumpa tong sampah buanglah.

Susah sangat ke???

Walaupun ada undang-undang, kita sendiri mesti anggap ianya sebagai tanggungjawab bersama. Inilah yamg dinamakan kesedaran sivik. Barulah dapat mencapai mentaliti kelas pertama macam dekat Jepun tu.

Jadi, sama-samalah jaga kebersihan ye. Tak payah tunggu polis denda baru nak beringat.

*Sumber : Facebook PDRM

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×