Inspirasi

Demi Anak Sakit, ‘Duyung’ 85 Tahun Cekal Berenang Cari Rezeki Dalam Laut Sara Hidup

17.7K
SHARES

Tiada siapa yang boleh menandingi pengorbanan ibu. Bukan sahaja hebat dalam menguruskan hal sendiri dan rumah, malah mereka juga golongan yang sangat hebat mencari rezeki untuk keluarga juga. Kisah hebat pengorbanan ibu ini juga boleh dikaitkan dengan kisah seorang wanita warga emas dari Vietnam yang dilihat masih kuat berenang mencari makanan laut untuk dijual.

MENCARI MAKANAN LAUT UNTUK SARA HIDUP ANAK SAKIT

Seorang wanita berumur 85 tahun berasal dari Vietnam ini mendapat perhatian internet apabila beliau dilihat masih kuat berenang demi mencari makanan laut. Bukan mengambil masa yang singkat, wanita warga emas ini dilihat selalu dan memakan masa yang lama berada di dalam air untuk mencari rezeki.

Menurut Rachfeed, warga emas ini mencari rezeki di dalam laut supaya dia dapat menampung kos makanan dan perubatan anak angkatnya berumur 61 tahun yang sakit.

Antara makanan laut yang selalu berjaya dikaut adalah seperti tiram, kerang, kepah dan makanan laut bercengkerang yang lain lagi. Hasil tangkapannya turut dijual di pasar berdekatan kampung dan ternyata ramai yang datang membeli.

ADA HARI YANG TAK ADA ORANG BELI

Namun, rezeki tidak selalunya berpihak padanya. Ada hari dimana hasil tangkapannya tidak dibeli langsung oleh orang ramai. Jadi, apa yang dilakukannya adalah wanita ini akan membawa pulang hasil tangkapan dan masak sahaja di rumah.

Sudah dimamah usia, pendedahan yang terlampau lama kepada air laut dan cuaca panas boleh menyebabkan kulit menjadi lebih kering, gatal dan menggelupas. Tetapi demi mencari rezeki untuk menampung kehidupan anak yang sakit, masih digagahi jua.

Semoga wanita warga emas ini terus kuat mencari rezeki dan harapnya ada orang yang baik hati datang menolong ya.

Sumber : Rachfeed

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×