Deko & Hias

Deko Rumah Sewa Papan Hanya Guna Barang Kedai RM2, Hasilnya Simple & Kemas!

730
SHARES

Bila bercakap je berkenaan perkara menghias rumah, pastinya anda terus terfikir untuk menggunakan khidmat interior designer disebabkan cara kerja mereka dan hasil yang dijanjikan. Tetapi dengan keadaan sekarang yang sedang melanda negara kita, pastinya jika anda mahu menghias rumah anda perlu melakukan sendiri tanpa menggunakan khidmat seseorang.

Berbeza dengan orang lain, perkongsian Amiereo Adipati dilaman Facebooknya berkenaan hiasan rumah berjaya menarik perhatian ramai. Ini kerana rumah yang dihias itu merupakan sebuah rumah kampung. Walau hanyalah penyewa di rumah tersebut, tiada alasan untuk dia menghias rumah tersebut sehingga kelihatan sangat cantik. Yang menarik lagi, rumah itu dihias dengan bajet yang rendah dan hanya menggunakan barang barang dari kedai RM2, kedai barangan DIY dan Shopee.

Rumah Papan Berubah Wajah

Hanya lah pada awalnya sebuah rumah papan yang biasa, penghuni ini berjaya menghias dan mengubah wajah rumah tersebut kelihatan cantik dan selesa untuk dihuni. Bajet yang digunakan hanya bawah seribu ringgit, pemuda ini membuktikan tiada yang mustahil untuk merealisasikan rumah idaman dengan bajet yang rendah.

Siang tadi sementara menunggu waktu berbuka. Kita kemas apa yang patut, nak raya kan, puasa baru dua hari dik. 4 bulan dulu masa mula2 menyewa rumah ni sangat sangat teruk, memang menangis dalam hati. Ramai kawan kawan yang kurang setuju bila saya nak menyewa rumah ni tapi nak buat mcm mana takda pilihan. Kebetulan keadaan sangat mendesak sebab tempat saya menyewa dulu telah dibeli oleh seseorang.

Hanya ada masa seminggu je untuk pindah, dengan keadaan kewangan pun kurang, lagi pun sewa rumah ni kira mampu lah utk saya. Takda lah mahal sangat tapi tak kan kita nak duduk dlm keadaan mcm tu kan, stress bak hang. So kita tuch up sikit sikit bagi lawa, modal pun tak berapa ada sgt. Aircond tu ambik kat kedai lama.

Walau pun guna barang barang diy, kedai Rm2 dan cowboy je, lampu gantung tu beli kt shopee murah, budget uolzz. Lagi pun rumah sewa kan, kerusi pulak ambik kerusi lama, lebih 30 thn dah ambik kat rumah arwah mak. Just spray putih, langsir beli kat kamdar time promsi rm2.80 semeter. Ikut kan modal cat ada lah dalam rm300. Jumlah keseluruhan bawah seribu sebab saya beli sikit sikit. 

“Kami tak kaya tapi kami ingin hidup selesa”…
Walau pun raya tahun ni tiada acara kunjung mengunjung covid 19 masih berluasa…ingat stay at home. duduk rumah jgn merayau jgn melilau..kita jaga kita..

RUMAH BERSIH FIKIRAN LAPANG OTAK TENANG…

Sumber : Amiereo Adipati

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×