40 Minggu

Dato’ Sri Siti Nurhaliza Selamat Lahirkan Seorang Bayi Lelaki, Comelnya!

815
SHARES
siti nurhaliza

Pagi ini, Isnin, 19 April 2021 bersamaan 7 Ramadan 1442H, Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Selangor, pada pukul 6.21 pagi. Ternyata kelahiran bayi lelaki ini bukan sahaja dinanti-nantikan oleh beliau sahaja, malah seluruh rakyat Malaysia!

DATO’ SRI SITI NURHALIZA SELAMAT LAHIRKAN SEORANG BAYI LELAKI

Bayi seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan. Dimaklumkan juga dari pihak produksi, Dato’ Sri Siti dan juga bayi berada dalam keadaan baik dan sihat.

Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Dato K, melahirkan rasa syukur kerana isteri tercinta telah selamat melahirkan bayi kedua mereka. Apa yang penting bagi Dato’ K adalah ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan telah berjalan lancar.

COMELNYA!

Perkongsian dari @asyrafkhalid

Beliau dan isteri ingin menzahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas doa keluarga, saudara mara, sahabat handai, peminat, media dan orang ramai.

Selain itu, mereka juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak doktor dan jururawat yang diketuai oleh Dr. Leong Wai Yew dari Alpha IVF & Women’s Specialist yang telah menjalankan tanggungjawab dan khidmat terbaik sepanjang proses Siti melahirkan.

Perkongsian dari @asyrafkhalid

Pasangan ini juga berterima kasih kepada Pengasas dan Pengarah Alpha IVF & Women’s Specialists, Dato’ Dr. Colin Lee Soon Soo, yang menjayakan program In Vitro Fertilization (IVF) bagi kandungan Datuk Seri Siti yang pertama iaitu Siti Aafiyah dan anak yang kedua ini juga.

Kelahiran anak kedua pada bulan Ramadan penuh keberkatan ini diharapkan akan mengurniakan limpahan rezeki serta rahmat Allah s.w.t.

Tahniah juga kami ucapkan!

Sumber: @ctdk, @asyrafkhalid

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×