Inspirasi

Dari YouTube Kini Ikon Negeri Perak, Kisah Memasak S Pavithra Dijadikan Inspirasi Wanita

38.2K
SHARES

YouTube adalah salah satu applikasi video dimana pelbagai orang menggunakannya sebagai satu platform untuk memuat naik video bagi tontonan umum. Bukan sahaja orang biasa, malah artis dan ahli politik juga menggunakan youtube sebagai salah satu medium untuk menyampaikan segala informasi.

Seperti yang sedia maklum, baru-baru ini nama salah seorang pengguna YouTube telah melonjak naik apabila video masakannya menjadi viral. Tontonan video yang mencecah angka juta, nama S Pavithra sekelip mata menjadi sensasi apabila ramai yang menonton malah ada yang mencuba untuk membuat resepi yang dikongsinya di laman Youtube itu.

Terbaru, menurut laporan Sinar Harian, kerajaan Perak melalui Jabatan Pembangunan Wanita bercadang untuk mengangkat Pavithra sebagai Ikon Wanita dan Masakan Perak. Wow! Dari membuat video suka suka menggunakan telefon bimbit sehingga bakal di angkat menjadi ikon merupakan salah satu pencapaian yang patut dibanggakan!

Layak Dijadikan Inspirasi Wanita Lain

Menurut Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin, Pavithra, 28 yang merupakan ibu kepada dua cahaya mata layak dijadikan inspirasi kepada wanita lain atas kecekalannya untuk membina kerjaya melalui minta dan kemahiran memasak yang dimilikinya.

Pihak kerajaan negeri berasa bangga ada anak Perak yang boleh mencetuskan idea daripada ‘zero’ kepada ‘something’ dengan hanya menggunakan kepakarannya memasak dan hanya menggunakan peralatan yang dimiliki di rumah sahaja.

“Di situ kita dapat lihat kecekalannya dan dengan sokongan suami serta keluarga, dia mampu mencetuskan sensasi hingga berada dekat di hati rakyat, individu seperti ini patut dijadikan contoh bahawa tidak kira kita berada di mana pun, jika ada minat, usaha dan kemahuan pasti boleh berjaya,” katanya.

Datuk Dr Wan Norashikin berkata selepas mengadakan kunjungan ke kediaman Pavithra di Ladang Ephil.

Pavithra dan suami, M Sugu, 29 dikenali selepas video masakan yang dikongsi mereka menerusi saluran YouTube mereka yang diberi nama Sugu Pavithra mendapat perhatian dan pujian dari ramai pihak. Mereka kemudiannya menjadi rakan YouTube yang membolehkan mereka sekali gus mendapat pendapatan sampingan bulanan dari pihak YouTube yang dibayar mengikut nilai dolar Amerika Syarikat (AS)

Perkongsian video masakan mereka kini berjaya menaikkan jumlah subscriber saluran YouTube mereka mencecah hampir 640,000 pengikut yang terdiri dari pelbagai kaum termasuklah dari luar negara seperti India dan Jepun. Wan Norashikin berkata pada pertengahan Jun ini, Pavithra akan dijemput ke sebuah program baharu yang di anjurkan bawah Jabatan Pembangunan Wanita di mana mereka mengetengahkan bakat-bakat wanita menerusi media sosial. Pavithra juga akan membuat demonstrasi masakan gulai tempoyak yang telah menjadi salah satu menu icon di Perak.

“Perkara ini telah dipersetujui dan beliau sendiri gembira dengan pelawaan ini kerana tidak pernah mencuba masakan menggunakan tempoyak.

“Kita sedang mendapatkan tarikh dan lokasi bersesuaian bagi tujuan itu. Selain mengetengahkan beliau sebagai ikon wanita, kita juga dapat mempromosikan masakan Perak,” katanya.

Beliau berkata, normal baharu yang dipraktikkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini adalah masa yang tepat untuk jabatan menyokong usaha wanita-wanita membina kerjaya menerusi media sosial sekali gus menjana pendapatan.

“Selepas masakan, kita akan teruskan kerjasama dengan ikon lain pula seperti bidang jahitan, lukisan dan sebagainya secara berterusan,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×