Hebahan

Prof Dr Menaka – Darah Tali Pusat (Cord Blood) Bayi Boleh Rawat Penyakit Berkaitan Darah

139
SHARES

Profesor Dr Menaka Hariharan, Pengarah Perubatan StemLife Berhad hari ini menggesa ibubapa untuk menyimpan darah tali pusat bayi mereka yang baru lahir kerana ia bakal merawat penyakit-penyakit berkaitan darah.

prof-dr-menaka-hariharan-medical-director-stemlife

“Sebabnya adalah mudah. Darah tali pusat mempunyai sel stem 100% sama dari segi biologi bayi baru lahir tersebut, dan boleh digunakan untuk merawat penyakit-penyakit seperti Leukaemia, Lymphoma, Thalassaemia, gangguan lain metabolisme dan system imun.”

“Proses mengeluarkan darah tali pusat sangat selamat. Ia hanya mengambil masa 5-10 minit dari waktu bayi dilahirkan. Dan ini merupakan satu-satu peluang untuk menyelamatkannya, kerana ia hanya boleh diselamatkan sewaktu bayi baru sahaja lahir.”

en-zahrein-redza-chief-operating-officer-stemlife1

Encik Zahrein Redza, COO StemLife Berhad berkata bahawa kesedaran mengenai manfaat bank darah tali pusat masih lagi rendah.

“Berdasarkan kajian Bangsa-Bangsa Bersatu terhadap Malaysia, terdapat kira-kira 500,000 bayi baru lahir pada tahun 2015. Analisa dalaman kami menunjukkan hanya 14% ibubapa daripada 500,000 kelahiran tersebut, telah menyelamatkan darah tali pusat bayi mereka” ujar Encik Zahrein.

storage-tank

Mengenai StemLife Berhad

StemLife merupakan bank sel stem yang diberi lesen oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ditubuhkan sejak tahun 2001, StemLife merupakan satu-satunya bank darah tali pusat yang disenaraikan di papan MESDAQ sejak 2006. Setakat ini, StemLife telah berjaya melepaskan 15 unit darah tali pusat untuk pemindahan transplan dan membantu di dalam aplikasi sel stem untuk lebih daripada 500 buah kes.

Hubungi talian khidmat pelanggan 24 jam di 03-21663636 atau layari www.stemlife.com untuk maklumat lanjut.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×