Famili

Dapatkan 3 Koleksi Ekslusif Poh Kong Yang Super “Classy” Dan Menangi Voucher Tunai Sehingga RM1000..Confirm Meletop Raya Anda!

6.9K
SHARES

Lagi beberapa hari je kita akan menyambut Hari Raya kan. Hari Raya menandakan berakhirnya bulan Ramadan yang bakal kita semua rindukan.

Masa ni lah kita semua dapat beraya dan melawat keluarga serta rakan-rakan. Inilah juga masanya untuk melaram dengan baju raya masing-masing, lengkap dengan barang kemas dari Poh Kong!

PADANKAN BAJU RAYA ANDA DENGAN KOLEKSI BARANG KEMAS POH KONG!

Nak tahu tak? Sempena hari raya yang bakal tiba ni, Poh Kong telah mengeluarkan koleksi-koleksi terbarunya iaitu Bunga Raya Collection, Manja Collection dan Karya Anggun Collection yang memang exclusive!

Koleksi Bunga Raya yang terdiri daripada emas 916 ini sememangnya nampak stand out dengan ukiran lima kelopak bunga raya yang menghiasi loket, cincin dan gelang. Manakala, Koleksi Manja ini pula sangat sesuai untuk digayakan si comel anda yang turut mahu bergaya di hari raya ini!

Koleksi Karya Anggun

Koleksi Karya Anggun

Kalau anda yang sukakan kelainan, kreatif dan gemar bergaya funky, Koleksi Karya Anggun ni memang sesuai dengan anda! Gelang yang mempunyai charms berunsurkan permainan tradisional seperti rebana, kompang dan gambus ni pasti akan menarik perhatian.

 

Loket dengan tulisan Jawi pun ada! Tetap dapat mengekalkan warisan walaupun bergaya moden. Cantik kan!

BELI BARANG KEMAS, DAPAT HADIAH EKSLUSIF? WOW!

Haa.. yang lagi best, kalau korang beli barang kemas berharga RM1000 ke atas, korang berpeluang untuk mendapatkan Piring Hidangan Ekslusif yang memang cantik berkilau macam barang kemas anda juga!

Bolehlah hidangkan makanan pada tetamu menggunakan Piring Hidangan Ekslusif ni. Mesti tetamu anda puji dan tanya dekat mana beli pinggan tu! Haha..

JOM JOIN PERADUAN MUDAH INI DAN MENANGI HADIAH HEBAT!

Poh Kong juga ada mengadakan satu contest yang anda boleh sertai bermula 23 Jun hingga 2 Julai 2017 ini tau. Hadiah menarik seperti RM1000 voucher tunai dan tiket di Taman Tema Lost World of Tambun secara PERCUMA menanti anda yang bertuah!

Kalau anda nak tahu lebih lanjut tentang peraduan ini, anda kena terus menunggu sebarang update terkini di  Facebook Poh Kong tau!

Nanti mereka akan umumkan apa-apa info mengenai peraduan ini.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini!

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×