Famili

Dapat Kejutan Masa Birthday, Ibu Sebak 2 Kali Raya Pun Anak Tak Dapat Balik Lagi…

52
SHARES

Siapa yang tidak rindukan keluarga apabila sudah lama tidak dapat pulang ke kampung oleh kerana wabak Covid-19. Inilah pengorbanan yang terpaksa ditanggung tidak kira bagi ibu bapa atau anak-anak yang menanggung rindu. Namun, terdapat beberapa cara yang boleh digunakan supaya kasih sayang masih ‘sampai’ ke ibu bapa kita walaupun berada jauh dari mata.

Baca juga: Tak Sempat Sambut Birthday, Adik Maut Motor Jatuh Tebing

IBU SEBAK RINDUKAN ANAK..

Seperti video mengundang sebak dikongsi oleh Dee Chanteq menerusi beberapa buah video di laman TikTok, memaparkan reaksi seorang wanita yang ‘terkejut’ menerima kejutan bersempena hari jadinya. Pada mulanya, gadis ini sempat bertanyakan beberapa soalan kepada wanita ini mengenai keberadaan anak-anaknya. Wanita ini dengan tenang menjawab soalan yang diajukan dan bertanyakan akan bungkusan ‘istimewa’ yang diterimanya.

Namun, apa yang lebih menyedihkan apabila wanita ini cuba menahan sebak sebelum berjaya mengalirkan air mata sejurus mendengar ucapan daripada anak-anak dan menantu tersayang. Tidak berakhir di situ, wanita ini menadah tangan dan berdoa supaya segala urusan anak-anaknya dipermudahkan.

@deechanteqPart 1 pun da leleh airmata..the power of doa seorg ibu..jom tgk part 2 satgi..yg x kuat jgn tgk kang ngis.sbb dee pun x kuat😭😭♬ original sound – Ikmal Alif

Selamat hari lahir Mak, semoga mak dipanjangkan usia dimurahkan rezeki. Sihat selalu, dan bahagia di samping anak-anak daripada anak-anakmu serta menantu.

Berbicara lebih lanjut, dia juga mendoakan supaya wabak ini berakhir dan anak-anaknya dapat pulang ke kampung halaman seperti biasa.

Makcik memang tak dapat nak cakap apa. Sebelum hari raya, sampai sekarang hari raya Haji pun masih tak dapat nak balik. Makcik pun tak dapat nak jumpa. Kita sama-sama berdoa supaya wabak ini habis, semoga kita bebas tak ada masalah. Semoga kita semua panjang umur, kita boleh jumpa lagi anak-anak mak, menantu dan cucu-cucu mak. Semoga kita dapat jumpa satu hari nanti.

@deechanteqPart 2,luahan sebenar seorg ibu..ibarat mewakili kita semua yg rindukan keluarga😭sumpah dee pun tak mampu tahan ngis😭Allahu🥺♬ original sound – Ikmal Alif

Sumber: Tiktok @deechanteq

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×