Bila dah ada jamuan di rumah sempena Hari Raya Korban lepas, penuhlah sinki di dapur dengan pinggan yang hendak dibasuh. Bukan sahaja pinggan yang perlu dirisaukan, malah sisa makanan yang ada bila selesai sahaja cucian pun perlu ‘dihapuskan’. Jadi, penting untuk anda membuat cucian sinki selama 3 kali setahun supaya sinki di dapur tidaklah berkarat dan tersumbat!
CUCI SINKI RUTIN 3 KALI SETAHUN
Setiap 4 bulan MESTI akan cuci sinki untuk elakkan dari tersumbat… sebenarnya lebih kepada berjaga-jaga..tak perlu tunggu sumbat baru nak buat…modalnya hanya RM6.40!
Apalah sangat kalau kita just labur RM6.40 untuk 4 bulan ..purata kos lebih kurang RM1.60/month!! Kenapa mesti 4 bulan…haha! Saja jer la..terpulang la pada individu..nak buat 6 bulan sekali pon takpa…rumah ko kan…ni mak buatkan step by step caner nk buat…tepek sini…just untuk rujukan sendiri…hahah..sebab setiap kali nak buat mak mesti nak kena google..penat haih! Step by step ada kat pic & vid.
BAHAN DAN CARA-CARANYA
1. Ni la bahan yang diperlukan. CUKA RM3.50, SODA BIKARBONAT RM2.90 & AIR PANAS YG BARU MENDIDIH. (Air panas tak ada dalam pic)
2. Tabur jer soda bikarbonat kat lubang air sinki tu…letak je banyak-banyak takpa…
3.Biar seketika.
4. Curahkan cuka! Masa ni jaga-jaga..berasap ko! Tindakbalas soda ngan cuka tu…pastu biar je dalam 10 minit gitew.
5. Best tengok time ni…hihi Tengok tu…kalau letak banyak soda tu lagi kebabom asap tu!
6. Curahkan air panas yang baru mendidih.
7.Ok…tengok laju je air lalu ni kan…ok la…Selamat mencuba…Teruskan jadi rutin kalau tak nak susah kemudian hari.
Best tgk time ni…hihi Tengok tu…kalo ko letak byk soda tu lagi kebabom asap tu!
Posted by Norliza Zakaria on Tuesday, July 31, 2018
Sumber: Norliza Zakaria