DIY & Kraf

Tutorial Deep Cleaning Bunga & Pokok Plastik Di Rumah Supaya Habuk Tak ‘Berterbangan’

1.4K
SHARES

“Okay, tak terlambat lagi nak buat open house Raya jadi kena kemas-kemas rumah termasuk bunga plastik…”

Deep cleaning artificial plants & flower 

Pembersihan rapi artificial plants ni ialah task terakhir hani dalam pembersihan rumah untuk ruang tamu sebelum nak balik kampung beraya ni. Alang-alang tu meh hani tunjuk cara hani buat pembersihan rapi pokok-pokok @ bunga artificial kat rumah hani. Dari zaman budak-budak, Rutin setiap kali nak raya je ini antara tugas hani kena buat. So tak sah kalau setiap kali raya kalau tak buat ni.

Btw, deep cleaning ni maksud hani kena guna wet cleaning (basuh dengan air) taw. Kalau setakat dry cleaning itu bukan deep cleaning ya. Dry cleaning pokok-pokok @ bunga2 ni hani buat seminggu sekali untuk buang habuk yang melekat. So bila buat regular cleaning mcm ni bila time deep cleaning tu xde lah sukar sngt nak membersihkan.

Kekerapan deep cleaning : 6 bulan atau setahun sekali

Langkah-langkah deep cleaning artificial plants and flowers

1.Kumpulkan semua pokok/bunga palsu yang ada dalam rumah. Semua termasuk yang ada di ruang tamu, dapur, bilik tidur, luar rumah, atau di mana-mana.

2.Dah kumpulkan, susun ikut kategori. Kategori jenis material pokok/bunga. Plastik @ polyester, silk, baldu, latex dll. Susun juga ikut kategori jambangan bunga, dedaun sahaja, berpasu dll

3.Untuk jambangan bunga yang perlu digubah, ambil gambar gubahan dulu sebelum dicabut. Lagi-lagi yang digubah siap di kedai. Sebab nanti kira nak leraikan gubahan, basuh dan gubah semula. Kecuali mmg berbakat menggubah bunga, abaikan langkah ni.

4.Boleh juga ikat sejambak bunga jenis tangkai panjang mengikut pasu. Takda lah kes tertinggal setangkai bunga masuk pasu lain. Ikat guna getah atau cable tie. Hani memang ikat siap-siap dengan cable tie mana yang boleh supaya dia tak berpisah dengan geng2 dia dan x perlu gubah2 dah. Masuk je sejambak dalam pasu terus.

INI STEPS UNTUK BASUH POKOK PLASTIK

1. So boleh mulakan lah

-Sediakan besen berisi air paip bersuhu bilik (buat di sinki dapur atau bilik air berdekatan dengan air mengalir)

-Masukkan 1 sudu pencuci pinggan mangkuk cecair dan 1 sudu pelembut /pewangi fabrik. Pilihan lain menggantikan pelembut /pewangi fabrik ialah essential oil (masukkan 4 titis)

-Kacau campuran tadi sehingga berbuih.

2. Masukkan bunga mengikut jambak atau set gubahan

Jangan campur2. Jangan rendam (sebab ada bunga atau daun yang gam nya kita tak tahu cepat kembang atau tak). Masukkan dalam campuran tadi. Kacau sikit secara perlahan.

-Urut setiap kelopak atau dedaun jika perlu dalam campuran pencuci tu dengan jari. Tak perlu diberus. Kecuali kesan kotoran degil yang perlu diberus, guna berus lembut sepertu berus gigi terpakai.

-Untuk setiap jambakan /set ambil masa 1-2 minit je. Jangan lama-lama. Kalau buat regular maintainance (dry cleaning), proses ni memang tak lama sebab tak lah kotor sngt. So bila nak cuci pun x amik masa lama dan insyaAllah bunga tahan cantik lebih lama. Nampak mcm baru je.

3.  Lepas basuh terus bilas

Maksudnya selesaikan by jambak/set. Jangan basuh semuaa dulu baru bilas semua. Buat ikut langkah untuk setiap jambak/set.

-Basuh – bilas – tos/jemur – ulang dengan yang lain-Semasa membilas pun x perlu lama. Kalau boleh taknak bau pewangi fabrik tu hilang. Tujuan bilas nak luruhkan habuk2 dari jambakan bunga kita je. Bilas dengan tangkai ke atas (kita pegang tangkai tu). Pastikan setiap kelopak dan daun kena air mengalir.

-Untuk setiap jambakan ambil masa 1 minit begitu.

✔️ Lepas basuh terus bilas. Maksudnya selesaikan by jambak/set. Jangan basuh semuaa dulu baru bilas semua. Buat ikut langkah untuk setiap jambak/set.✔️Basuh – bilas – tos/jemur – ulang dengan yang lain✔️Semasa membilas pun x perlu lama. Kalau boleh taknak bau pewangi fabrik tu hilang. Tujuan bilas nak luruhkan habuk2 dari jambakan bunga kita je. Bilas dengan tangkai ke atas (kita pegang tangkai tu). Pastikan setiap kelopak dan daun kena air mengalir.✔️Untuk setiap jambakan ambil masa 1 minit begitu.

Posted by Hani Mynis on Friday, 31 May 2019

4.Langkah terakhir, jemur sehingga kering

Pastikan betul-betul kering. Takmau lembap2 sebab nanti boleh rosakkan bunga (bertahi lalat, berkulat dan bila lembap lagi mudah attract habuk pada pokok/bunga balik).

5.Jangan guna hair dryer

Untuk yang menanya macam mana hani buat dry cleaning pokok2/bunga ni setiap minggu, instead of hair dryer (hani tak suka guna hair dryer sebab nanti habuk berterbangan ke tempat lain), hani guna lint roller (boleh guna washable lint roller untuk opsyen zero waste effort).

Untuk jenis dedaun pula mcm daun monsera, hani lap dengan dust cleaner dan wipecloth. (resepi nanti hani update), boleh guna wet tissue juga.

P/s: sebelum tu, ni khas utk pokok @bunga dari latex atau plastik @polyester sahaja. Dari baldu kena buat dry cleaning sahaja. Lain2 material, feel free to ask.

Semoga bermanfaat!

Sumber : Hani Mynis

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×