Didik

Cuba 5 Tips Elak Anak Bercakap Ketika Tidur Untuk Lena Yang Lebih Berkualiti

98
SHARES

Anak pernah bercakap ketika tidur? Sudah tentu situasi ini agak mencuit hati anda kerana macam-macam perkara yang diperkatakan oleh anak-anak semasa mereka tidur bukan? Bercakap ketika tidur sebenarnya adalah perkara normal yang berlaku dalam kalangan anak-anak. Tambahan pula, situasi ini juga berlaku kepada orang dewasa juga!

Selalunya, ketika seseorang itu mengalami situasi bercakap ketika tidur, mereka tidak akan ingat lagi apa yang telah terjadi pada keesokkan harinya dan begitu juga anak-anak kita. Oleh itu, jom kita tambah ilmu keibubapaan dengan mengetahui secara mendalam mengenai situasi bercakap ketika tidur dalam kalangan anak-anak. Semoga bermanfaat!

KENAPA ANAK BERCAKAP KETIKA TIDUR?

www.stocksy.com

www.stocksy.com

1. Terlalu seronok

Jika pada waktu siang, anak anda selalu berseronok seperti bermain terlalu banyak, melawat tempat yang digemari atau melakukan sesuatu yang disukai, aktiviti sebegini boleh menjurus kepada bercakap ketika tidur.

2. Risau tentang sesuatu

Apabila anak sedang risau akan sesuatu, contohnya jika anak anda sedang menduduki peperiksaan dimana mereka akan risau mengenai hari keesokannya atau ada masalah pergaulan di sekolah. Perkara-perkara sebegini juga mampu untuk menyebabkan anak-anak bercakap ketika tidur.

3. Terlalu letih

http://childrensministry.com/

http://childrensministry.com/

Terlalu letih juga adalah salah satu sebab anak-anak akan bercakap ketika tidur. Apabila terlalu berseronok dan banyak melakukan aktiviti pada siang hari, kemungkinan besar anak akan mengalami kepenatan dan menyebabkan mereka bercakap ketika tidur.

Tips untuk elak anak bercakap ketika tidur.

1. Ikut jadual tidur yang tetap

http://www.clickinmoms.com/

http://www.clickinmoms.com/

Sebagai ibu bapa yang prihatin, penting untuk anda mengetahui tempoh tidur yang secukupnya untuk anak-anak. Untuk mengelak dari situasi bercakap ketika tidur, pastikan anda melatih anak untuk tidur dan bangun pada waktu yang ditetapkan. Selain itu, anda juga boleh pastikan dengan mengejut anak bangun pada waktu yang sepatutnya. Apabila anak mendapat rehat yang secukupnya dan tidak melebihi had, potensi untuk bercakap pada waktu tidur adalah kurang.

2. Amalkan gaya hidup aktif

http://www.vix.com/

http://www.vix.com/

Pada waktu siang, pastikan anak-anak menjalankan gaya hidup yang aktif. Jika anak sudah bersekolah, pastikan mereka sentiasa melibatkan diri dalam aktivti di sekolah. Hal ini kerana, jika anak-anak mempunyai aktiviti yang boleh dilakukan pada siang hari, mereka akan sukar untuk bercakap ketika tidur. Aktiviti aktif secara senyap seperti mewarna, melukis dan teka silang kata juga dapat membantu memberikan ‘silent treatment’ untuk anak-anak mendapatkan tidur yang lena pada waktu malam.

3. Elak makanan berat sebelum tidur

http://justdakhila.com/

http://justdakhila.com/

Amat penting untuk ibu bapa ‘alert’ supaya tidak memberi makanan berat kepada anak-anak sebelum masuk tidur. Makan malam sekurang-kurangnya 2 hingga 3 jam sebelum tidur supaya tidur mereka tidak terganggu. Makanan ringan dna minuman berkafein juga amat tidak digalakkan supaya mereka tidak asyik terbangun pada waktu malam kerena tidakselesaan perut.

4. Jika anak terbangun tengah malam?

www.pinterest.com

www.pinterest.com

Apa yang anda perlu lakukan jika anak asyik terbangun pada tengah malam kerana bercakap ketika tidur? Pastikan anda secara perlahan mendodoi dan menemani anak supaya mereka kembali tidur. Jangan pula mula melakukan aktiviti seperti menyanyi bersama atau membaca buku, kerana aktiviti sebegini mungkin mengelakkan mereka kembali tidur.

5. Pastikan tempat tidur anak selesa

http://ceveta.com/

http://ceveta.com/

Persekitaran memainkan peranan yang penting untuk anak-anak mendapat tidur yang berkualiti. Bercakap ketika tidur juga adalah kerana anak-anak mendapat mimpi yang mengerikan. Oleh itu, kawasan sekitar bilik tidur haruslah sentiasa bersih dan selesa untuk mengelakkan dari perkara yang tidak diingini.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×