Hebahan

Buka Cawangan Pertama Di Malaysia, Ini 10 Barang Wajib Beli Di CU Mart. Memang Macam Korea Habis!

168
SHARES

Nampaknya, kita masih lagi belum boleh merentas negeri mahupun negara kerana musim pandemik masih lagi belum berakhir. Habis semua rancangan untuk melancong ke luar negara terutamanya negara yang menjadi pilihan ramai iaitu Korea, perlu ditangguhkan. Tetapi, jangan risau kalau anda rindukan suasana membeli-belah di kedai serbaneka di sana kerana di Malaysia pun dah boleh!

Terbaharu, CU Mart yang berasal dari Korea Selatan telah masuk ke pasaran dalam negara dan membuka cawangan pertamanya di Centrepoint Bandar Utama, Petaling Jaya. Bukan sahaja cawangan pertama di Malaysia, malah CU Mart yang dibuka hari ini juga merupakan yang pertama di Asia Tenggara! Jom kita tengok apa yang menarik untuk anda beli.

NAK BELI APA DI CU MART?

1. Tteokbokki

Bila dah namanya makanan Korea, antara yang paling popular adalah Tteokbokki! Jadi, tak sah kalau anda datang ke CU Mart tak beli Tteokbokki.

2. POWER CAP ICE TUBE

Ingat tak dulu-gulu anda makan aiskrim di dalam tube? Nampaknya, bila dah datang ke CU Mart jangan sesekali tinggal untuk menyambar Power Cap Falvoured Ice Tube ini. Dengan cuaca panas macam sekarang, memang sesuai dimakan beramai-ramai. Ada dua perisa iaitu watermelon dan soda.

3.TUNA KIMCHI RICE BALL

Senang untuk dimakan begitu sahaja, sambil berjalan atau sambil memandu pun boleh, pilihan yang tepat adalah Tuna Kimchi Fried Rice Ball. Ini adalah antara koleksi makanan ‘on the go’ yang anda boleh didapati di CU Mart. Pedas!

4. AYAM K-HOT DAK GANG JEONG

Dengar nama ayam goreng ini macam yang dimakan dalam drama Korea tu kan? Tak perlu susah susah ke Korea, anda dah boleh makan ayam goreng pedas ini di CU Mart yang pertama dibuka di Malaysia ini. Makan pula panas-panas memang terbaik!

5. ODENG DAN CHEEZY FISH BALLS

Tarikan makanan yang boleh dimakan segera sudah semestnya odeng dan fish ball yang sememangnya terkenal di Korea. Dihidangkan bersama kuah manis pedas bersama ‘cucuk-cucuk’ odeng dan fish ball memang pilihan yang mudah untuk anda yang selalu sibuk.

6. MINUMANDELAFFE

Eksklusif di CU Mart sahaja, minuman pelbagai perisa termasuk kopi ini boleh didapati di sini. Apa yang menariknya, anda boleh minum terus dari paket air tersebut atau padankan bersama ketul ais kiub yang ada bersama. Senang!

7.SPICY STIR FRY CHICKEN RICE/DALKGABI

Mesti anda pernah makan nasi goreng Korea atau Dalkgabi bukan? Di CU Mart, anda boleh dapat nasi goreng pedas ini tau!

8.SHIN RAMYUN

Antara menu wajib dimakan bila melancong ke Korea adalah ramen atau ramyun. Tapi, di CU Mart anda boleh masak terus ramen ini menggunakan mesin masak yang telah disediakan! Memang macam dalam drama Korea betul!

9.HOT CHICKEN FLAVOUR SAUCE

Menjadi satu fenomena suatu ketika dahulu dimana ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang tergila-gilakan mi segera pedas Samyang. Bukan itu sahaja, jenama ini juga ada keluarkan sos samyang yang sama tetapi agak sukar untuk dijumpai di pasaran. Sekarang dah boleh beli dekat CU Mart!

10.BINGSU

Bila dah makan makanan yang pedas-pedas belaka, mestilah kita akan cari pencuci mulut pula kan. Sudah pastinya di CU Mart ada pelbagai jenis pencuci mulut termasuklah Bingsu! Ada beberapa jenis perisa bingsu tapi yang paling menarik sekali adalah Bingsu Peanut Butter.

11.RAMEN

Memang tak sah kan kalau masuk ke kedai serbaneka Korea, tak beli mi segera atau ramen bukan? Terdapat pelbagai jenis jenama dan perisa ramen yang anda boleh dapati di CU Mart. Pening kepala juga nak pilih.

*CU Mart akan dibuka untuk orang ramai bermula esok, 1 April 2021 yang terletak di Centrepoint Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor. Kalau rindukan negara Korea, boleh datang ke sini untuk mencuba pelbagai makanan Korea yang menarik!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×