Rakyat

Kementerian Pendidikan Teliti Sama Ada Perlu Tutup Atau Teruskan Persekolahan Di Sabah

321
SHARES

Selari dengan pembukaan sekolah bagi sesi sekolah menengah dan juga sekolah rendah dalam situasi pandemik Covid-19, masih ramai dalam kalangan ibu bapa yang risau akan situasi ini. Hal ini kerana, ramai yang berpendapat khususnya murid sekolah rendah masih tidak ‘celik’ dengan apa itu penjarakan sosial dan SOP bagi melawan wabak ini.

Terbaharu, satu kes Covid-19 melibatkan murid sekolah rendah di Sabah telah mengejutkan ramai pihak dan mempersoalkan adakah patut sesi persekolah untuk murid sekolah rendah diberhentikan buat sementara?

KEMENTERIAN PENDIDIKAN SEDANG BUAT PENELITIAN

Kementerian Pendidikan sedang meneliti sama ada akan membenarkan murid Tahun Satu, Dua dan Tiga mengikuti sesi pembelajaran di sekolah atau sebaliknya susulan berlaku kes positif COVID-19 membabitkan pelajar sekolah rendah di Sabah, semalam.

Hari ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ibu bapa perlu menunggu keputusan kementerian yang akan dibuat dalam masa terdekat. Beliau berkata bahawa Kementerian sedang meneliti dan mempertimbangkan keputusan dan mungkin keputusan akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Sama ada untuk membenarkan pelajar di sekolah rendah, Tahun Satu, Dua, Tiga dan sebagainya atau membenarkan pelajar yang menduduki peperiksaan saja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPP) yang masuk hari ke-49, di Putrajaya, hari ini.

Semalam, Jabatan Kesihatan Sabah mengesahkan satu kes positif COVID-19 dikesan membabitkan seorang murid sekolah rendah di negeri itu, Isnin lalu.

Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi, berkata susulan itu, sampel daripada semua rakan sekelas dan ahli keluarga pesakit berkenaan sudah diambil. Katanya, semua kontak juga diarahkan menjalani perintah kuarantin selama 14 hari.

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×