Inspirasi

14 Sifat Orang Berjaya, Tak Boleh Capai Sekelip Mata Tapi Paling Penting Nombor 12!

25
SHARES
orang berjaya

Menjadi orang berjaya dalam hidup bukanlah perkara yang boleh dicapai dalam sekelip mata. Malah, jika dilihat kepada tokoh-tokoh atau individu yang mempunyai nama besar, mereka mengambil masa bertahun-tahun untuk mengecapi kejayaan tersebut.

Jadi, untuk anda yang ingin berjaya seperti idola-idola yang berada dalam senarai impian, berikut merupakan beberapa ciri dan sifat yang perlu disemat, diterapkan dalam jiwa dan raga. Ingat juga bahawa, asas kejayaan ini juga bermula dari melunaskan apa yang dipinta dalam agama dahulu.

Baca juga: Berjaya ‘Tawan’ Hati Puteri Raja, Ini Serba Sedikit Trivia Tentang FD Idzham FD Iskandar

CIRI-CIRI ORANG BERJAYA, PERLU DILATIH DALAM DIRI MASING-MASING

orang berjaya

1) Minat

Bila anda ada minat di dalam bidang kerjaya anda, maka anda akan selalu bertenaga setiap hari dan ada motivasi untuk meningkatkan prestasi diri sendiri (Passion).

2) Ilmu

Anda sentiasa dahagakan ilmu dan tidak berhenti belajar dari kecil sehingga ke liang kubur (Life long learning).

3) Disiplin

Orang yang berjaya tidak mudah terganggu dan ada kesanggupan untuk menghadapi cabaran hidup untuk mencapai matlamat jangka masa panjang. Bila ada disiplin diri ini anda boleh mengawal pemikiran anda dan mengawal apa yang anda buat supaya tidak terikut nafsu. Disiplin diri memastikan keinginan anda untuk berjaya itu lebih lagi dari cabaran atau halangan yang anda hadapi (Self-discipline).

4) Keyakinan diri

Orang yang berjaya mesti ada keyakinan yang mereka ada kebolehan untuk mencapai matlamat dan cita-cita. Bila ada keyakinan diri maka akan cuba mencari peluang dan semua kesempatan untuk lebih maju ke hadapan (Confidence).

5) Berfikiran positif

Bila anda berfikiran positif, anda akan menganggap setiap halangan yang anda tempohi sebagai satu cabaran baru, bukan sebagai satu masalah. Anda akan menganggap satu kegagalan sebagai satu peluang untuk memperbaiki diri sendiri dan menjadi lebih kuat (Optimism).

6) Fokus

Orang yang berjaya boleh menumpukan perhatian kepada tugas yang perlu dibuat dan tidak mudah terganggu. Seseorang yang focus itu ada objective dan merancang apa nak buat untuk mencapai objective itu.

7) Tidak mudah putus asa

Kejayaan memakan masa, dan lebih lama anda berusaha ke arah matlamat anda, maka lebih lagi kemungkinan anda mencapai matlamat anda (Persistence).

8)Ada kelenturan dan serba boleh

Bila ada kelenturan dan serba boleh, anda tidak cepat patah hati dan boleh menyesuaikan diri bila keadaan di sekeliling anda berubah. Jika berdepan dengan satu halangan, anda boleh mengubah arah perjalanan anda sama ada menolak, melompat, memanjat, mengelilingi atau merangkak untuk membebaskan anda dari halangan itu dan meneruskan perjalanan anda. Bila anda ada kelenturan, anda lebih senang menerima kenyataan bahawa anda mesti membuat perubahan kepada diri sendiri untuk maju ke hadapan (Flexibility and versatility).

9)Setiap kali gagal akan berusaha bangkit semula (Resilience)

10) Belajar dari kesilapan diri sendiri dan tahu apakah kelemahan diri sendiri (Know your weaknesses and learn from your mistakes)

Orang yang berjaya boleh mengubah diri sendiri selepas membuat apa-apa kesilapan dan belajar dari pengalaman. Orang berjaya boleh menggunakan kesilapan untuk memberi inspirasi supaya tidak mengulang kesilapan yang sama. Orang yang berjaya tahu apakah kelemahan diri sendiri dan berusaha untuk memperbaiki kelemahannya.

11) Merancang kerja supaya teratur dan tersusun (Organised).

Jika anda seorang yang merancang kerja anda, anda boleh menjadi lebih produktif dan lebih focus. Anda tahu menumpukan perhatian kepada apa yang patut diutamakan dan tak buang masa membuat kerja yang tidak relevan supaya anda boleh mencapai matlamat anda dengan lebih cepat lagi.

12) Tidak dengki kepada orang lain yang berjaya

Malah mahu mendekati dan belajar dari mereka yang berjaya (Be happy for other people’s success).

13) Tidak buruk sangka kepada orang lain

Terutama sekali rakan sekerja (Give the benefit of the doubt). Inilah sikap yang boleh menjayakan kerja di dalam pasukan hebat dimana mesti ada good team working skills.

14) Rangkaian anda (Networking)

Kesedaran yang kita perlukan orang lain di dalam kehidupan kita untuk terus berjaya dan tak boleh bersendirian (No man is an island). Cuba anda lihat siapa yang anda pilih menjadi sahabat-sahabat anda. Adakah mereka orang-orang yang memberi anda semangat untuk berjaya? Orang yang berjaya suka memberi sokongan moral untuk orang lain berjaya. Maka jika anda memilih untuk berhubung dan engage dengan mereka yang berfikiran positif yang mahu melihat anda berjaya, anda akan meningkatkan lagi kemungkinan dan peluang untuk diri anda berjaya.

orang berjaya

*Bila anda ada kesedaran tentang 14 sifat dan sikap orang berjaya yang saya sudah senaraikan di atas, anda akan sentiasa merendahkan diri anda (remain humble) dan tidak ada sikap mementingkan diri sendiri (selflessness). Resipi kejayaan ada banyak bahan-bahannya, perlukan masa dan mesti rajin. Kebanyakan orang yang sudah berjaya ada sifat dan sikap yang disenaraikan ini, dan inilah yang membantu mereka berjaya dan terus maju ke hadapan.

Sifat dan sikap ini semua boleh dibentuk dan dilatih di dalam diri masing-masing. Soalannya hanyalah anda hendak berjaya atau tidak. Jika anda dijemput ke temuduga, inilah kualiti di dalam calon yang dicari-cari oleh pihak panel di dalam jawapan-jawapan anda kepada soalan-soalan mereka, sebab sifat dan sikap inilah yang lebih lagi menentukan kejayaan diri, kejayaan seluruh pasukan dan kebolehan anda memimpin orang lain di masa depan, bukan semata-mata apakah pencapaian akademik anda.

Akhir sekali, jangan lupa sentiasa mendoakan untuk kejayaan dan kebahagiaan orang lain. Percayalah what goes round comes round.

Baca juga: Latar Belakang Pearly & Thinaah, Pasangan Wirawati Badminton Malaysia Yang Cemerlang!

Sumber: Imelda Balchin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×