Famili

Celcom First Basic 38, Untuk Anak Yang Suka Layan Kartun di YouTube

Celcom First Basic 38

Adakah anak-anak anda sama seperti anak saya? Suka sangat tengok Upin & Ipin, Boboiboy dan kartun-kartun lain di YouTube?

Jika sama, pelan Celcom First 38 ini sangat sesuai untuk ibu-ibu yang anak mereka penonton tegar YouTube. Bila tidak dapat tengok Upin & Ipin atau Boboiboy, mulalah menangis tak berhenti.

Tambahan lagi jika kuota sudah habis, tentu sekali ibu-ibu akan garu kepala, bagaimana nak buat anak berhenti menangis. Kalau diterangkan kuota habis, bukannya dia faham!

Apa yang dimahukan oleh seorang ibu?

Sebenarnya, banyak yang bermain di kepala seorang ibu berkenaan mobile Internet: Beberapa concern tersebut ialah:

1. Harga bulanan sangat mahal

Biasanya, kalau atas RM50 tu memang dikira mahal. Lagi murah lagi bagus. Oleh kerana caj bulanan yang tidak dijangka, ramai masih kekal dengan prepaid berbanding postpaid.

2. Smartphone macam anak kita yang punya

Smartphone biasanya bukan khas untuk anak. Ia dikongsi bersama. Bila tidak digunakan, anak anak ‘pinjam‘ untuk tonton cerita kesayangan dia.

3. Kuota data yang tidak pernah cukup

Maka, apabila smartphone dikongsi bersama, penggunaan data adalah dua kali ganda. Kita guna untuk kerja, Whatsapp, Facebook dan Instagram. Dia guna untuk hiburan!

Bila guna dua orang, sudah tentu lebih kuota. Itu kalau anak seorang, kalau lebih dari itu?

4. Nak buat call, harga lain

Kadang-kadang, mahu call emak di kampung juga. Sudah semestinya, kebanyakan pelan dari syarikat telekomunikasi tidak mahu bundle sekali voice dan data.

5. Kena bayar lain untuk SMS

Sama macam kalau nak buat call, kena bayar extra. Tambahan lagi, tidak semua orang ada Whatsapp. Ada lagi orang-orang yang gunakan telefon Nokia lama.

6. Bil yang tidak masuk akal

Ada kalanya, bila anak main telefon, dia buka video macam-macam. Download macam-macam. Kadang-kadang berGB-GB. Bagaimana kalau gunakan data lebih, kena caj lebih? Senang cerita, Pay Per Use (PPU)?

Penulis sendiri pernah terkena. Disebabkan anak layan YouTube tak ingat dunia, bulan tersebut dikenakan caj RM600! Berpeluh juga masa nak bayar.

7. Internet slow selepas habis kuota

Ini biasa berlaku dan agak annoying. Siput pun lagi laju. Lebih-lebih lagi bila ada benda urgent nak buat. Time inilah dia nak habis kuota. Bila nak tambah kuota, mahal pula.

 

Maka, apakah jalan penyelesaiannya?

Asyik cerita tentang concern sahaja, tak best pula. Tidak mahu pula dikata asyik mengadu-domba dan asyik komplen tanpa ada cadangan bernas. Izinkan kami berikan review tentang Celcom First 38 ini.

 

Jadi?

Celcom First Basic 38

Kami cadangkan supaya anda beralih ke Celcom First Basic 38. Ringkasan untuk pelan Celcom First Basic 38 adalah seperti berikut:

1. Cuma berharga RM38 sebulan

Masih lagi berpatutan sebab bawah RM50, termasuk GST.

2. Data 3GB

Dapat data 3GB dan Celcom Wifi 3GB. Bukan gunakan Celcom Wifi di mana-mana tempat yang ada coverage. Jimat data bukan?

3. SMS percuma

Dapat 50 SMS untuk semua telco di Malaysia. Tak perlu topup untuk SMS di waktu terdesak.

4. Call percuma

50 minit call percuma ke semua syarikat telekomunikasi di Malaysia

5. Flat rate untuk call

Kadar panggilan rata 15 sen/min ke semua syarikat telekomunikasi di Malaysia

6. Flat rate untuk SMS

Kadar SMS & MMS cuma berharga 15 sen. Boleh SMS atau MMS ke semua syarikat telekomunikasi di Malaysia

7. Baki kuota Internet bulanan boleh dibawa ke bulan seterusnya

Ini antara yang menarik dan tidak pernah dilakukan lagi oleh mana-mana syarikat telekomunikasi di Malaysia. Katakan bulan lepas ada baki 1GB. Bulan depan, boleh dapat 3GB+1GB. Masa ini, lantaklah anak kita nak tengok cerita apa sekalipun!

8. Tiada lagi bil yang bakal menyesakkan dada

Tiada lagi Pay-per-use (PPU) selepas kuota Internet habis (Ini boleh buat orang panas hati!)

Untuk pengetahuan, kuota Internet tambahan boleh dibeli dengan harga serendah RM3 untuk 100MB

Celcom First Basic 38

Tunggu apa lagi?

Celcom First Basic 38

Sebenarnya, penulis sendiri tidak tahu kewujudan pelan ini. Dapat tahu pun daripada kawan di group Whatsapp. Dia kata, “Aku dah tukar dah dari XXX ke Celcom First Basic 38. Gila jimat!”

Bagaimana mahu convert dari line lain ke Celcom First Basic 38?

Tidak susah mana. Boleh baca review tentang Celcom First 38 ini di einz.my. Beliau juga ada menceritakan pengalaman beliau tentang speed test yang dibuat setelah bertukar ke Celcom First 38.

Bila promosi ini akan berakhir?

Promosi Celcom First Basic 38 ini tamat pada 16 Julai 2015 ini. Sebelum hari raya ini, bolehlah singgah ke mana-mana cawangan BlueCube yang terdekat!

Kalau sudah habis tempoh promosi?

Usah risau, masih lagi boleh bertukar ke Celcom First Basic 38. Cuma kuota bulanan tidak lagi 3GB, cuma 2GB sahaja.

 

Akhir kata

Kami bukannya mahu mempromosikan sangat pelan yang ada di pasaran. Cuma kami berasakan pelan Celcom First 38 ini sangat berpatutan dan berbaloi untuk ibu-bapa yang bukannya heavy-user. Langgan Internet pun sekadar memenuhi permintaan dan melayan anak-anak.

Anak duduk diam, ibu pun suka!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×