Jangan main-main ya dengan isu cinta, boleh buat tindakan atau perangai manusia jadi luar biasa tau. Ini sama seperti yang dilaporkan oleh laman berita Detik pada kelmarin.
Berikutan keadaan seorang cef yang didakwa baru sahaja putus cinta, sebuah restoran BBQ di Jurong, Singapura terpaksa ditutup selama seminggu.
Baca juga: Meruntun Hati, Wanita Sanggup Jual Ginjal Demi Mengubati Suami
CEF PUTUS CINTA PUNYA PASAL, RESTORAN DITUTUP SELAMA SEMINGGU!
Menurut portal berita Mothership, pengumuman penutupan restoran dalam tempoh sementara waktu itu telah dipamerkan di atas sebuah kotak melalui tampalan sebuah kertas. Perasaan kecewa yang melanda Cef mengakibatkan dia tidak mampu masak untuk pelanggannya.
“Cef kami baru saja putus cinta. Dia memerlukan ruang untuk menenangkan diri dan bersendirian di tepi laut. Kami akan berehat selama seminggu. Jangan risau, cef kami tidak akan terjun ke laut,“ menurut notis tersebut.
Imej notis itu pada mulanya, telah dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, lalu mendapat pelbagai reaksi dari warga netizen.
“Cef, pastikan kamu kembali kerja semula ya,” komen salah satu netizen.
“Semoga tidak terlalu lama bawa perasaan kecewa cef. Pasti amat sukar sampai mendalam rasanya ya, sehinggakan restoran ini harus ditutup,” seloroh netizen lain.
Namun ternyata, punca utama restoran ini ditutup bukan kerana patah hati yang melanda perasaan Cef. Menurut pemilik restoran yang bernama Ye, itu hanyalah sebahagian idea kreatif untuk memberitahu pelanggan tentang penutupan sementara premis itu.
Sebenarnya cef mereka itu bakal dipindahkan ke cawangan lain yang kekurangan pekerja.
Tambahnya lagi, kebanyakan pekerjanya yang merupakan rakyat Malaysia telah pulang ke Malaysia setelah 2 tahun tidak dapat balik bercuti akibat Covid-19. Lantaran itu, Ye kekurangan orang dan harus memindahkan beberapa pekerja dan cef untuk membantu di cawangan lain.
“Hanya bergurau saja. Malah, cef pun dalam keadaan baik,” katanya.
Sumber: Detik.com