Musim wabak COVID-19 ini menyebabkan ribuan orang terpaksa membatalkan penerbangan mereka, sama ada dari Malaysia ke luar negara atau sebaliknya.
Memang sedih dan agak kecewa, namun itulah langkah yang terbaik bagi membendung virus ini daripada terus berleluasa.
Bagi yang telah menempah tiket dan ingin menunda tarikh penerbangan, jom kita tengok cara tukar tiket AirAsia atau memohon refund menggunakan AirAsia Virtual Allstar (AVA) yang dikongsikan oleh saudara Hafidz Dz ini.
Cara Tukar Tiket Flight AirAsia & Minta Refund Guna AVA, Step-by-Step
Memandangkan aku dah berjaya tukar tarikh penerbangan yang baharu menggunakan AirAsia Virtual Allstar (AVA), so aku share cara-caranya dekat sini.
Harap dapat membantu kawan-kawan yang tanya cara tukar tiket AirAsia dalam gambar dekat bawah ni.
Maklumat Yang Diperlukan
Sebelum tu pastikan korang dah ada info ni :
1) PNR (no booking 6 aksara)
2) Nama keluarga/Nama ayah (ikut yang kita taip masa beli dulu)
3) Nama penumpang
4) Tarikh lahir penumpang
5) Emel yang dipakai masa beli tiket flight
6) Tarikh & masa yang korang nak tukar tu (jangan masa buat tu baru nk bincang or nak cari detail)
Tiada caj penambahan atau perbezaan harga tambang ye
*Bagi yang nak try minta refund AirAsia sebab tak naik flight hari ni atau semalam, boleh cek gambar last.
Step-by-Step: Cara Tukar Tiket AirAsia
1. Buka Apps AirAsia
Pergi bahagian Menu > Chat With Ava
2. Pilih ‘COVID-19’
3. Pilih ‘National Restricted To Travel’
4. Pilih ‘Move Flight’
5. Pilih ‘Yes’
6. Masukkan Nombor Booking
7. Masukkan Nama Family / Nama Ayah
8. Masukkan Nama Penumpang
9. Masukkan Tarikh Lahir
10. Masukkan E-mail
11. List Recovery Option > Move Flight
12. Nanti akan keluar ‘Flight Sector’
13. Pilih Tarikh Baru
14. Pilih Masa Berlepas
15. Confirmkan Flight Detail
16. Itirenari Baru Akan Dihantar Ke E-mail
Selesai.
Boleh cek e-mail untuk itirenari baru tadi.
* Cara Minta Refund AirAsia
Semoga dapat membantu sedikit sebanyak disaat kita semua sedang gundah.
Tapi bagi yang nak tukar tu, kalau flight lambat lagi (contohnya bulan 5 atau 6), seeloknya bagi peluang orang lain yang tarikh penerbangan dalam beberapa hari ni terlebih dahulu. Ini penting supaya line AVA tak sesak. Sama-sama amalkan sikap toleransi ye.
*masa dalam screenshot tu berbeza sebab buat banyak kali dari malam tadi dan saya memang tak ada dapat e-mail dari pihak AirAsia mengenai cancellation flight.
**flight dalam tempoh 48 jam maybe AVA tak boleh buat dan kena pergi ke kaunter untuk berurusan terus dengan pihak AirAsia.
Kawan-kawan yang rasa post ni bermanfaat untuk kalian please doakan urusan aku untuk tinggal bersama isteri dan anak dipermudahkan. Amin…
***Cara tukar flight AirAsia dan mohon refund tiket disebabkan COVID-19 ini dikongsikan oleh Hafidz Dz menerusi Facebook. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh rujuk dalam post asal beliau di SINI.