Famili

Viral Murid Lenguh Tangan Tulis Nama Terlalu Panjang, Ini Panduan Pendekkan Nama Anak Di JPN

102
SHARES

Baru-baru ini sesi persekolahan bagi sesi 2021 telah bermula. Semenjak itulah tular beberapa kisah yang berkaitan nama anak-anak yang dikatakan terlalu panjang sehingga tuan badan sendiri pun letih nak tulis nama sendiri. Oleh itu, jika ada dalam kalangan ibu bapa yang bercadang untuk memendekkan nama anak-anak pasti anda tertanya sama ada proses ini boleh atau tidak?

Boleh sebenarnya untuk anda memendekkan nama anak-anak yang terlalu panjang. Apa yang anda perlu buat adalah memastikan syarat permohonan yang betul dan berkunjung ke kaunter Jabatan Pendaftaran Negara terdekat.

Cara & Syarat Permohonan Pendekkan Nama Anak

-Ibu atau bapa kandung kanak-kanak

-Penjaga kanak-kanak yang sah

-Prosedur Permohonan Untuk Pendekkan Nama Anak

-Pemohon dikehendaki hadir ke mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negara di seluruh Semenanjung Malaysia dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan.

Dokumen Yang Diperlukan

1. DOKUMEN KANAK-KANAK (ASAL DAN SALINAN) Borang JPN.LM21 yang lengkap;

-Surat Akuan Sumpah JPN.LM22 dan JPN LM07.

-Borang Maklumat Keluarga BMK81;

-Borang MyKid;

-Sijil Kelahiran kanak-kanak (asal dan salinan);

-Surat Kebenaran Penjagaan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (jika permohonan dibuat oleh penjaga kanak-kanak) (asal dan salinan);

-Pasport atau dokumen insurans atau buku bank kanak-kanak sekiranya kanak-kanak telah mempunyai pasport atau akaun bank atau insurans (asal dan salinan);

2. DOKUMEN IBU DAN BAPA (ASAL DAN SALINAN)

-Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri ibu dan bapa (asal dan salinan);

-Surat Keizinan oleh ibu bapa kandung kanak-kanak yang memberikan kebenaran kepada penjaga untuk membuat permohonan;

Bayaran

-Fi permohonan – RM5

-Fi cabutan Sijil Kelahiran – RM50

Untuk maklumat lanjut, lawati laman web Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

*Semoga bermanfaat!

Sumber: Diana Hezrique

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×