Teknologi

Cara Tukar Kad Debit CIMB Secara Online, Tak Payah Beratur!

10.8K
SHARES
cara tukar kad cimb

Pasti dalam kalangan anda yang mempunyai kad debit CIMB tetapi tarikh tamat tempoh semakin hampir dan tidak sempat untuk memperbaharuinya di kaunter bank terdekat.

Jangan risau! Anda sebenarnya tidak perlu beratur di kaunter bank kerana boleh tukar kad debit CIMB secara online sahaja. Lebih jimat masa dan mudah kerana tidak perlu bersesak di bank. Di bawah kami kongsikan cara tukar kad debit CIMB secara online. Selamat mencuba.

Baca juga: Cara ‘Trace’ Password Facebook Tanpa Perlu Buat Akaun Baharu

CARA TUKAR KAD DEBIT CIMB SECARA ONLINE, TAK PAYAH BERATUR

Kad debit CIMB dah expired? Malas nak pergi bank untuk renew? Jom saya ajar cara nak renew online. So, tengok lah cara nak renew dekat bawah ini. Mudah je! 

kad debit cimb

1. Korang pergi ke link ni, cimb.com.my/renewal.

2. Lepas tu korang tekan dekat Click Here To Renew Now dekat atas sekali tu.

3. Korang akan dibawa ke satu online form, ada aku share screenshot dekat sekali tu.

4. Isikan 6 digit akhir IC korang dan juga 4 digit akhir kad yang nak renew tu. Lepas tu tekan proceed. Nanti korang akan dapat OTP.

5. Korang akan nampak alamat yang korang dah daftar dalam CIMBClicks. Kalau korang nak tukar alamat untuk pos kad korang tu tekan je Mailing Address dan masukkan alamat baru korang. Alamat tu CIMB guna untuk hantar kad tu je tau.

6. Kemudian dah selesai. Korang tunggu la kad tu sampai dalam masa 14 hari bekerja.

Bila dah dapat kad baru tu, korang pergi je ke ATM dan masukkan kad baru berserta nombor pin lama korang. Cek la baki korang ke apa, yang penting ada transaksi. Tadaaa. Kad debit baru korang dah pun aktif.

Moga bermanfaat!

Sumber: Facebook Firdz Fauzi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×