Rakyat

Mulai 2 Mei Perlu Dokumen Sokongan Kalau Nak Tukar Alamat Pada MyKad

399
SHARES

Untuk makluman, permohonan pertukaran butiran alamat pada kad pengenalan mulai 2 Mei ini perlu disertakan dengan dokumen sokongan seperti bil utiliti dan cukai pintu.

Elak Penggunaan Alamat Yang Tidak Sahih

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman berkata, langkah itu bertujuan mengelakkan masalah maklumat tidak sahih pada kad pengenalan selepas ada kes di mana 50 hingga 100 orang didapati menggunakan alamat sama untuk mendapatkan kad pengenalan.

Tambah beliau, “Ada permohonan alamat tetapi kawasan itu adalah tanah kosong tanpa rumah. Kita tidak mahu perkara itu berulang.”

Mohd Azis berkata penggunaan alamat yang tidak sahih menyukarkan urusan agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam urusan daftar mengundi dan juga pengesanan individu dalam siasatan polis.

Contoh Dokumen Sokongan Bagi Penyewa

Mohd Azis berkata bagi yang menyewa, mereka perlu menyertakan dokumen perjanjian jual beli rumah, perjanjian atau resit sewa rumah serta dokumen lain bagi membuktikan pemohon telah menetap di alamat baru tersebut.

“Sekiranya pemohon tidak dapat mengemukakan dokumen sokongan, mereka hendaklah mengemukakan surat pengesahan daripada penghulu, ketua kampung, tuan rumah, anggota Parlimen dan majikan untuk menyokong permohonan penukaran alamat pemohon,” katanya.

Tukar alamat ic

Jangan Lupa Bawa!

Walaupun mungkin ada yang rasa ia melecehkan, tapi langkah ini perlu juga demi menjamin keselamatan orang awam. Yalah, nanti kalau ada apa-apa kes, pihak berkuasa tak dapat cari individu di alamat tu kan dah susah, betul tak?

Ok jadi lepas ni kalau nak tukar alamat, jangan lupa bawa dokumen sokongan ya!

*Sumber: BERNAMA

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×