Kewangan

Senang Nak Simpan Duit Anak, Ini Cara Transfer Duit Ke Tabung Haji Guna CIMB Clicks

4.4K
SHARES

“Dah lama aku pegang duit budak-budak ni, tak sempat-sempat lagi nak pergi simpan dekat Tabung Haji. Rasanya sekarang dah boleh buat online, tapi macam mana nak buat ya?”

Sekarang ni dah senang, semuanya di hujung jari, kan? Kebanyakan hal berkaitan perbankan dah boleh dilakukan secara online, termasuklah Tabung Haji.

Tapi, mungkin ada yang terlepas pandang atau tak jumpa-jumpa mana butang yang nak klik untuk transfer duit dari Cimb Clicks  terus ke akaun Tabung Haji. Tak kisahlah akaun Tabung Haji anak atau Tabung Haji diri sendiri, dua-dua pun boleh!

Ikut saja langkah yang ditunjukkan di bawah. Yang penting, sediakan buku akaun Tabung Haji siap-siap dekat sebelah supaya mudah nak rujuk nanti.

cara transfer duit ke tabung haji

Cara Transfer Duit Ke Akaun Tabung Haji Melalui CIMB Clicks

Sebenarnya senang je nak simpan atau transfer duit secara online dari akaun CIMB ke Tabung Haji.

Bagi yang belum pernah cuba atau tak tahu, jom kita tengok caranya langkah demi langkah.

1. Login Cimb Clicks

Mula-mula, macam biasalah kita login dulu CIMB Clicks.

2. Klik ‘Pay Bills’

Pilih menu ‘Pay & Transfer’ dan klik pada butang ‘Pay Bills’.

Dekat bahagian Biller nanti boleh taip ‘Lembaga Tabung Haji’, nanti akan keluar pilihannya.

3. Masukkan Maklumat Akaun Tabung Haji

 

 

Semak buku Tabung Haji dan masukkan nombor akaun Tabung Haji dan nombor IC anak.

Kalau akaun Tabung Haji sendiri gunalah nombor IC sendiri ya.

4. Isikan Amaun Dan Semak

Kemudian isikanlah berapa jumlah duit yang nak ditransfer ke akaun Tabung Haji tadi.

Lepas dah check elok-elok nombor akaun Tabung Haji 15 digit tu, bolehlah submit.

5. Request TAC

Akhir sekali, request TAC macam masa kita buat belian online tu.

Nanti nombor TAC akan dihantar melalui SMS. Masukkan 6 digit TAC dan selesaikan urusniaga.

Siap!

Anda akan dicaj RM0.50 untuk urusniaga ini. Kira ok lah kan, kalau nak bandingkan dengan kepayahan kita untuk ke pejabat Tabung Haji, cari parking dan sebagainya. Lagi-lagi kalau bawa anak kecil.

Boleh Terus Set Favourite

Nak mudah, nanti boleh terus set favourite supaya lain kali kita dah tak perlu nak tekan nombor akaun sebiji-sebiji. Untuk setting favourite ni, boleh pergi bahagian ‘My Accounts’ > ‘My Favourite’ > ‘Biller’. Pilih akaun Tabung Haji tadi dan isikan maklumat yang diminta. Mudah kan?

Foto Kredit: cimbbank.com.my

Lega rasa bila dah dapat transfer duit anak-anak ni ke akaun masing-masing. Tak payah susah-susah nak ke pejabat Tabung Haji lagi. Kalau tak, kita yang kena pegang duit sampai ada yang lupa sorok dekat mana kan?

OK, lepas dah transfer tu jangan lupa log out macam biasa. Biasanya akaun Tabung Haji ni akan dikemaskini dalam masa 1-3 hari bekerja. Jadi, jangan panik pula kalau pergi check duit tak masuk-masuk lagi.

Oh ya, mungkin ada yang tertanya-tanya, ada tak cara yang lebih mudah untuk semak baki akaun TH ni selain ke Tabung Haji kan? Jawapannya ada, iaitu melalui kad ATM CIMB.

Nak tahu caranya, jom tengok langkah di bawah.

 

Cara Semak Baki Tabung Haji Melalui CIMB

Untuk makluman, Tabung Haji juga telah memperkenalkan Perkhidmatan TH melalui ATM dan CDM CIMB Islamic mulai 1 Oktober 2018. Proses pendaftaran (link) kad ATM ke akaun TH boleh dilakukan melalui mesin ATM CIMB dengan menggunakan kad ATM CIMB.

Maksudnya, kita boleh semak baki akaun Tabung Haji menggunakan kad ATM CIMB tanpa perlu pergi ke Tabung Haji. Tapi buat masa ini kita hanya boleh semak akaun Tabung Haji diri sendiri dan tak boleh check untuk anak-anak ya.

Ini langkahnya.

1. Masukkan Kad ATM CIMB Seperti Biasa

Pertama sekali, masukkan kad CIMB anda pada mesin ATM dan tekan nombor pin seperti biasa.

cara semak baki tabung haji

2. Pilih ‘Lain-lain’

Seterusnya pilih butang menu ‘Lain-lain’ pada skrin.

3. Pilih Menu Tabung Haji

Kemudian, pilih urusniaga ‘Tabung Haji’ seperti yang tertera di bawah.

4. Masukkan Maklumat Akaun Tabung Haji

Sekarang, masukkan nombor akaun Tabung Haji seperti yang boleh dirujuk dalam buku akaun.

Selepas itu masukkan pula nombor siri yang terdapat pada buku akaun Tabung Haji anda.

Boleh Semak Baki, Keluarkan & Pindah Wang

OK, setelah kad ATM CIMB berjaya didaftarkan (link) kita dah boleh buat transaksi pengeluaran, pindahan dari akaun TH ke akaun bank sendiri atau pihak ke tiga dan juga boleh membuat semakan baki akaun TH.

Selain itu, simpanan tunai pula boleh dilakukan melalui cash deposit machine (CDM).

Tapi tak seperti Maybank2U, semakan baki akaun TH hanya boleh dilakukan melalui ATM sahaja. Tiada perkhidmatan semakan baki ditawarkan melalui CIMB Clicks ya.

Jadi bagi pemegang akaun CIMB, lain kali kalau nak semak baki di akaun Tabung Haji, bolehlah pergi ke ATM untuk link kan kad ATM dan daftarkan ikut cara ini.

Semoga dapat memudahkan urusan anda.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×