DIY & Kraf

Cara Tanam Sayur Sawi ‘Giant’ Di Rumah, Dalam Masa 3 Minggu Dah Boleh Makan!

261
SHARES

Sayur sawi merupakan antara sayur yang menjadi pilihan apabila ingin memasak juadah tambahan. Kalau pergi ke pasar, sayur sawi amat mudah didapati dan harganya tidak mahal. Jadi, untuk anda yang gemarkan sayur sawi sebenarnya boleh tanam dengan sendiri sayur ini rumah dan hasilnya adalah lebih ‘memberangsangkan’. Makan pun lebih fresh!

CARA TANAM SAYUR SAWI, DAH TAK PAYAH BELI DI PASAR

Bila ya kali terakhir sahabat beli sawi? Saya pun dah tak ingat, bila last saya beli sawi di pasar. Tip tak nak beli sawi sangat mudah. Bukan setakat tak habis makan, siap boleh kongsi kongsi dengan keluarga lagi walaupun tanam hanya 10 -15 pokok.

Ini yang saya buat dirumah saya.

1. Setiap 3 minggu, semai dan tanam 10 -15 pokok sawi. Buat 3 pusingan / generasi.

2. Dirumah saya ada 3 generasi sawi giant. Ada yang usia 35 HLT, 3 HLT dan 3 HLS.

3. Klik pada gambar 1-1 untuk lihat detail.

4. Pilih benih yang berkualiti. Eloknya cari jenis yang tak pahit dan tak berbunga macam yang saya tanam. Saya panggil sawi giant sebab beratnya boleh cecah 1 kg/ pokok.

5. Yang bestnya tanam sawi giant ni, bila kita nak guna tak perlu cabut dengan akar. Memadai kita potong 2-3 helai daun yang kita nak masak je.

6. Pengalaman saya, sawi giant ni boleh bertahan 3-4 bulan.

7. Saya tanam dalam petak tanaman. Sahabat nak tanam dalam tayar dan pasu pun boleh. Semuanya hidup subur, saya dah buat.

8. Saya guna tanah campuran sebagai media tanaman. Bagi saya ia mudah nak urus dan jimat air serta baja.

9. Baja saya guna NPK larut air 18.18.18 + mikro. Siram 2 kali seminggu. Ec bermula dari 1.5 hingga 2.5.

10. Kawalan perosak dan penyakit saya guna racun organik buatan sendiri + cuka kayu

So, boleh la sahabat buat macam ni lepas ni ya. InsyaAllah sahabat pun dah tak perlu beli sawi lagi. Yang bestnya makan sawi tanam sendiri ni ialah ia betul betul fresh dan 100% bebas racun kimia. Sila share tips ini dengan kawan kawan yang lain sebab ia mungkin sangat berguna buat mereka. Selamat berkebun sahabat.

Sumber: Azuan Abdullah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×