DIY & Kraf

Cara Tanam Sawi Guna Teknik Keratan Batang, Lepas 7 Hari Dah Dapat Hasil & Boleh Makan!

2
SHARES

Salah satu jenis sayur yang paling mudah didapati dan paling mudah dimasak adalah sayur sawi. Namun, setiap kali kita masak sayur sawi, pasti kita akan membuang bahagian bawah batang sawi tersebut bukan?

Selepas ini, setiap kali masak sayur sawi jangan dibuang pula bahagian bawah batang sawi tersebut kerana anda boleh tanam sahaja di rumah. Paling seronok sekali adalah, kaedah tanam pokok sawi menggunakan teknik keratan batang ini sangat mudah. Sedar tak sedar dah boleh makan sayur yang fresh!

Tanam Sawi Dari Keratan Batang

Percubaan pertama

1.Pertama kali buat, potong batang sawi terlalu pendek, namun percubaan ini nampak berjaya.

2. Potong tinggi sedikit batang sawi atas daun pucuk yang baru nak hidup. Rendamkan dengan sedikit air.

3.Air perlu ditukar setiap hati bagi mengelakkan batang sawi jadi busuk apabila air sudah kotor.

4. Pada hari ketiga, batang sawi akan dipindahkan ke bekas tanaman Cocopeat.

5.Pada hari ketujuh, kita akan lihat batang sawi akan hidup dan mula mengeluarkan daun baru. Siramlah dan jaga seeloknya.

Sumber: Nora Razak

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×