DIY & Kraf

Patutlah Tanam Tak Menjadi, Ini Sebenarnya Cara Betul Tanam & Semai Daun Sup Di Rumah

114
SHARES

Memang tidak sah kalau ketika keluar membeli barangan dapur anda tidak membeli daun sup sebagai penambah rasa dan hiasan dalam masakan bukan? Nak masak sup letak daun sup, nak buat kerabu pun boleh letak daun sup dan boleh dikatakan semua jenis masakan boleh letak daun sup. Tetapi, kalau dibiarkan terlalu lama di dalam peti sejuk tanpa digunakan, daun sup mudah lembik dan rosak.

Jadi, daripada beli daun sup yang sudah diikat dalam kuantiti yang banyak apa kata anda tanam sendiri daun sup di rumah supaya mudah digunakan dalam kuantiti mengikut masakan. Bagi anda yang pernah cuba tanam daun sup sebelum ini tetapi tidak menjadi, boleh guna cara semai yang betul ini.

CARA TANAM DAN SEMAI DAUN SUP DENGAN BETUL

Kaedah pertama : semai biji benih (gambar 1)

Anak pokok sup umur 1 bulan lebih hasil semai biji benih, seminggu 2 lagi dah boleh asing-asing kan & pindah ke pasu besar.

Cara semai:

1) Siapkan media tanam, saya guna campuran cocoapeat + sekam bakar + tanah hitam. Lepas dah isi ke bekas (cup) saya siram siap2

2) Tabur biji benih sikit jer, jangan banyak-banyak secubit pun dah cukup tak perlu timbus dengan media lagi sebab biji sup ni halus. lepas spray nanti dia akan terbenam sendiri kat celah2 media.

3) Spray dengan air,cukup 1-2 kali tembak jer

4) Letak tempat teduh, nak tutup boleh tak nak tutup pun boleh

5) Spray 2x sehari pagi & petang, insyaAllah tumbuh selepas 7-10 hari, kalau 2 minggu tak tumbuh jugak bererti gagal, kena cuba lagi

Kaedah ke 2 : tanam semula akar pokok matang (gambar 2)

Hasil semai akar pokok sup yang dibeli dari pasar, umur dah tak ingat sebab dah banyak kali pindah anak dari induk asal

Cara semai :

1) Pilih pokok sup yang masih segar dan ada banyak akar yang masih warna putih + ada anak atau tunas kecil, 3 syarat ni WAJIB

2) Potong semua batang kecuali tunas-tunas kecil

3) Rendam dalam air bagi tenggelam akar saja untuk aktifkan akar selama 1-2 hari

4) Dah boleh tanam jika nampak akar makin sihat + tunas makin segar & membesar

5) Siram sikit-sikit jer jangan terlebih air, yang ni pun jadi penyebab ramai yang gagal sebab media terlalu lembap dan air bertakung

6) Letak tempat teduh dulu selama 1-2 minggu

Kaedah ke 3 : tanam semula anak pokok yang tumbuh dari induk pokok hasil dari kaedah 1 atau 2

Pokok sup umur 1 bulan lepas pindah dari induk gambar sebelum ni.

Cara tanam :

1) Pokok induk mesti sihat + subur + ada banyak anak-anak pokok yang baru keluar, pilih yang bersaiz setengah jengkal ke atas jer

2) Korek atau cabut pelan-pelan, syarat kena ada akar bersama anak pokok tu, kalau cabut tapi tak ada akar baik korang campur dalam sup ja hehe, kena cabut pelan-pelan

3) Tanam dan letak kat tempat teduh selama 1-2 minggu sampai pokok stabil

4) Siram sikit-sikit ja, sama macam kaedah 1 atau 2, jangan terlebih air

So boleh pilih nak guna cara mana, sekali tanam ja pokok sup ni, insyaAllah boleh makan hasil berbulan-bulan jika rajin praktikkan kaedah no 3.

Selamat mencuba.

Sumber: Pyan Sempoy

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×