DIY & Kraf

Cara Tampal Lencana Sekolah Guna Gam. Tak Payah Jahit, Kejap Je Siap!

75
SHARES
Cara tampal lencana sekolah

Cara Tampal Lencana Sekolah Guna Gam Uhu

Menjelang buka sekolah ni, mesti ramai ibu-ibu nak jahit lencana sekolah anak-anak kan?

Mungkin ada yang belum tahu, ada cara yang lebih mudah untuk ibu lekatkan lencana sekolah tanpa jarum dan benang.

Cuma guna gam UHU saja… Memang cepat dan jimat masa.

Jom kami kongsikan cara yang ditunjukkan oleh Puan Lia Johari ini.

Cara Tampal Lencana Sekolah Guna Gam UHU. Tanpa Jahit, Lagi Mudah!

Ulangkaji sebelum naik sekolah..

Hai ibu-ibu sekalian.

Sekolah nak buka tak lama dah kan…

Kepada yang tak jahit lagi lencana sekolah anak hampa, di sini kami nak share cara mudah tampal lencana dan tanda nama anak-anak pada baju uniform sekolah mereka.

Tak perlu jarum dan benang atau tak perlu nak hantar tailor semua tu.

Sebenarnya, kami pun dapat tahu cara ni tahun lepas melalui perkongsian FB jugak, tak ingat siapa yang share.

Tapi memang mudah dan sekejap je,tak sampai 5 minit siap!

Langkah-langkahnya ada pada setiap gambar di bawah ok!

Langkah 1

Sediakan bahan-bahan dan peralatan untuk tampal lencana dan nametag anak:

  • Gam uhu
  • Tanda nama / lencana
  • Sampul angpau / kadbod kecil (untuk alas)
  • Seterika

Cara tampal lencana sekolah

Langkah 2

Letakkan alas di belakang baju / tudung sekolah.

Cara iron lencana sekolah

Langkah 3

Gunakan gam UHU dan letakkan di belakang lencana.

Panaskan seterika.

Cara tampal lencana sekolah

Langkah 4

Mula seterika pada lencana.

Saya alaskan dengan sapu tangan macam ni.

Boleh biar lama sikit supaya gam melekat kuat.

Langkah 5

Boleh check hasilnya.

Pastikan dah melekat kuat.

Siap.

Cara tampal name tag sekolah

Mudah kan?

Sekejap je siap. Hasilnya pun nampak kemas.

Boleh buat untuk 2-3 pasang baju sekali, taklah lenguh tangan nak menjahit.

Selamat mencuba!

 

*Sumber : Lia johari

Most Popular

To Top
×