Bersalin

Berjaya Menyusu Badan Untuk Anak Kembar, Ini 2 Resepi ‘Natural Milkbooster’ Yang Saya Amalkan

5.8K
SHARES

“Risaunya lagi 2 minggu nak masuk kerja, tapi susu badan rasa macam dah berkurang. Takut tak cukup stok, kesian dekat baby.”

Kalau sebut tentang penyusuan badan, memang begitu banyak cabaran yang akan dilalui. Antara yang paling kerap dilalui oleh ibu adalah masalah kekurangan susu badan.

Dalam perkongsian kali ini, kami cukup bertuah kerana Puan Nurrul SyaBell sudi berkongsikan tips menambah susu badan dengan jayanya. Menurutnya, sejak akhir-akhir ini semakin ramai yang memviralkan minuman air kotak longan segera yang terdapat di pasaran. Bukan tak boleh minum, cuma dikhuatiri pengambilannya yang berlebihan boleh menyebabkan kahak pada si kecil.

Atas sebab itu, Puan Nurrul mencadangkan resepi milkbooster semulajadi yang diamalkan olehnya sendiri. Alhamdulillah, dengan izin Allah dan usaha ini, Puan Nurrul berjaya menyusu badan sepenuhnya untuk 2 orang anak kembar lelakinya.

2 Resepi Natural Milkbooster Untuk Tambah Susu Badan. Sedap & Semulajadi!

Berikut adalah bahan dan cara membuat natural milkbooster.

Resepi 1

Bahan-bahan:

  • Kurma merah
  • Longan kering
  • Gojiberry
  • Sedikit gula perang (brown sugar) 
  • Daun pandan.

Cara-cara:

Caranya mudah. Rebuskan kurma merah, longan kering dan goji berry dalam satu periuk. Sukatan air boleh agak-agak.

Untuk sedikit rasa manis, boleh tambahkan gula perang dan daun pandan untuk keharuman. Memang sedap sangat!

cara tambah susu badan

Resepi 2

Bahan-bahan:

  • Kurma merah
  • Longan kering
  • Buah kundur
  • Barli
  • Gula batu
  • Daun pandan

Cara-cara:

Caranya sama dengan resepi pertama tadi. Rebuskan semua bahan dan kemudian perasakan dengan gula batu secukup rasa. Tambahkan daun pandan untuk mewangikan lagi aroma minuman.

Rasa minuman ini ala-ala lai chee kang. Sihat dan lazat!

Nota Tambahan

*Bahan-bahan ini boleh dicari di kedai ubat Cina / sensei. Kadang-kadang, di pasaraya biasa pun ada. Kalau tak jumpa juga, boleh dapatkan daripada Puan Nurrul sendiri. (rujuk link di bawah)

*Minuman ini boleh diminum suam atau sejuk, ikut citarasa sendiri.

*Stok air rebusan ini boleh disimpan dalam tempoh seminggu.

*Mungkin ada yang tanya; Buah kundur sebagai natural sugar / pemanis semulajadi. Kurma merah, longan kering, barli, dan goji berry pula adalah bahan milkbooster yang sangat berkesan.

Mudah, Sihat Dan Lazat!

Mudah saja cara membuat natural milkbooster sendiri di rumah, bukan?

Jadi lepas ini, ibu-ibu tak perlulah bergantung kepada minuman dalam pek. Biasanya minuman dalam pek ini terdapat gula tambahan yang menjadikan rasanya terlalu manis. Dan sudah tentu juga ia ditambah dengan pengawet supaya dapat tahan lama di pasaran.

Selamat mencuba!

 

*Resepi asal natural milkbooster ini adalah oleh Puan Nurrul SyaBell . Ia diterbitkan semula dengan kebenarannya. Untuk lebih banyak tips dan perkongsian tentang penyusuan badan, boleh follow Facebook Puan Nurrul SyaBell di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×