Bersalin

Cara Tahnik Bayi Baru Lahir ‘Step-by-Step’ Oleh Ustaz Don (Panduan Video)

148
SHARES
cara tahnik bayi

CARA TAHNIK BAYI

Ada banyak sunnah menyambut kelahiran, antaranya ialah mentahnik bayi.

Ramai ibu ayah mungkin pernah buat tahnik bayi semasa majlis cukur jambul dan doa selamat semasa kelahiran bayi.

Biasanya ia dilakukan oleh imam atau mereka yang berpengalaman. Namun ia sebenarnya juga boleh dilakukan oleh ibu ayah sendiri, terutamanya dalam tempoh PKP ini.

Sebagai persediaan, ibu ayah boleh pelajari cara tahnik bayi melalui cara lengkap yang ditunjukkan oleh Ustaz Don ini.

Apakah Mentahnik Bayi?

Tahnik bermaksud membelah mulut bayi dengan buah tamar yang dikunyah dan digosokkan ke lelangit bayi, dan sebahagiannya lagi masuk ke dalam perutnya.

Sunat mentahnik bayi dengan buah tamar sama ada bayi lelaki atau perempuan. Jika tidak ada tamar, gunakanlah sesuatu yang manis. Hal ini berdasarkan hadis daripada Anas bin Malik RA, katanya:

ذَهَبْتُ بِعَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي طَلْحَةَ الأَنْصَارِيِّ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم حِينَ وُلِدَ وَرَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فِي عَبَاءَةٍ يَهْنَأُ بَعِيرًا لَهُ فَقَالَ ‏”‏ هَلْ مَعَكَ تَمْرٌ ‏”‏ ‏.‏ فَقُلْتُ نَعَمْ ‏.‏ فَنَاوَلْتُهُ تَمَرَاتٍ فَأَلْقَاهُنَّ فِي فِيهِ فَلاَكَهُنَّ ثُمَّ فَغَرَ فَا الصَّبِيِّ فَمَجَّهُ فِي فِيهِ فَجَعَلَ الصَّبِيُّ يَتَلَمَّظُهُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏”‏ حُبُّ الأَنْصَارِ التَّمْرَ ‏”‏ ‏.‏ وَسَمَّاهُ عَبْدَ اللَّهِ

Maksudnya: “Aku membawa Abdullah bin Abu Talhah al-Ansari RA yang baru lahir menemui Rasulullah SAW pada ketika itu, baginda memakai aba’ah (العباءة) sedang melumurkan untanya dengan minyak. Baginda bertanya: “Adakah kamu membawa tamar?” Aku menjawab: “Ada,” lalu aku menyerahkan beberapa biji kepada Baginda. Baginda pun memasukkan beberapa itu ke dalam mulut dan mengunyah-ngunyahnya. Kemudian, baginda membuka mulut Abdullah dan memasukkan tamar tersebut. Bayi itu pun menggerak-gerakkan lidah sambil menghisap manisnya. Kemudian, Rasulullah SAW bersabda: “Kesukaan orang Ansar ialah buah tamar. Lalu Baginda menamakannya Abdullah.”

Riwayat Muslim (2144) dan yang lainnya.

Kurma bukan dimakan pada bulan Ramadan sahaja

Kurma bukan dimakan pada bulan Ramadan sahaja

Berikut dikongsikan cara tahnik bayi melalui perkongsian Ustaz Don:

Cara Tahnik Bayi Untuk Panduan / Persediaan Ibu Bapa

Cara nak tahnik anak kita sendiri.

Sayyidina Abu Musa al-Asy’ari menceritakan, “Aku telah mendapat seorang anak lelaki, lalu aku membawanya kehadapan Nabi Muhammad ‎ﷺ. Baginda ‎ﷺ menamakannya dengan Ibrahim dan mentahnik (belah mulut) nya dengan sebiji kurma”. HR Imam Muslim
.
Kawan-kawan, berdasarkan hadis ni, Sunnah Bertahnik. Kaedah atau kaifiat saja berbeza. Banyak kaedah tahnik ini. Maksudnya nak baca apa, nak mula mana dulu. Banyak dan semua betui إنْ شَآء الله.

Apa yang saya buat ialah hasil dari perkongsian:

1) Al-Marhum TG Dato Haron Din (saya tgk depan mata)
.
2) TG Ustaz Taufik Mat Husin
FB : https://www.facebook.com/taufik.husin.35
(Saya call minta pandangan. Ni masa belajaq dulu la. Lama dh)
.
3) Habib Ali Zainal Abidin @habibalizaenalalhamid
(Saya tgk depan mata dan Habib siap ulang habaq lagi)
.
4) Ustaz Muhadir Hj Joll
.
Jadi, dalam video ni saya buat, kawan-kawan boleh buat jugak.
.
How To Tahnik Anak Sendiri
.
Step 1
Sediakan kurma (ajwah terbaik) dan air zamzam (dpt mcm dlm botoi eyemore tu syempoi. Tapi jangan silap p sumbat eyemore. Jahanam anak Bang)
.
Step 2
Istighfar (agar Allah ampun dosa kita (bapak), dan nnt nk doa, mudah Allah kabul)
.
Step 3
Mula dengan Al-Fatihah
.
Step 4
Ayat Kursi (boleh mula بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم atau teruih baca saja. Betui dua dua)
.
Step 5
-Selawat Syifa
-Selawat Kamilah (nnt dengaq dalam video na)
.
Step 6
-Qul huwaALLah
-Qul A’uzubirab bil falaq
-Qul A’uzubirab binnas
.
Step 7
Amik Kurma. Kunyah2 sampai lebik. Amik dengan jari. Kalau takut, pakai jari kelingking kecik sikit. Biasanya jari telunjuk. Masuk dalam mulut baby. Nnt tgk video mcm mn nk masukkan dlm mulut anak na. Kena ada skill. Hahahahha.
.
Step 8
Sambil jari dalam mulut, bacakan ayat 33-37 Surah Ali Imran
.
Step 9
Cabut jari. Suap air zamzam. Bacakan doa yg saya baca. Itu dr Arwah TG Dato Haron Din. Doa tu dalam video.
.
Step 10
Baca Doa. Bab ni boleh baca apa saja doa. Apa saja bahasa. Semua Allah faham. Yang penting, keikhlasan hati seorang Bapak mendoakan anaknya.

Doalah dengan penuh
– ikhlas
– tawadhuq
– berharap Allah dengaq n perkenankan
– sungguh-sungguh.

FULLL VIDEO CARA TAHNIK BAYI (PERSEDIAAN UNTUK PARA BAPA)

*Sumber: Ustaz Don Daniyal Don Biyajid

Link video asal:  https://www.facebook.com/UstazDonOfficialPage/posts/260448988785029

Semoga bermanfaat!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×