Hebahan

Keputusan UPSR 2018 Diumum 29 November Ini. Semakan Online & SMS Disediakan

35
SHARES

Info buat ibu bapa dan pelajar Tahun 6 yang menduduki UPSR September lalu, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018 termasuk Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) akan diumumkan pada 29 November ini.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin berkata calon UPSR terlibat boleh mengambil keputusan tersebut di sekolah masing-masing bermula 10 pagi.

Boleh Disemak Dengan Perkhidmatan SMS & Portal Online

Selain hadir ke sekolah untuk mengambil keputusan, kini calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan UPSR 2018 melalui mySMS 15888.

Perkhidmatan talian tersebut akan diaktifkan bermula 10 pagi, 29 November dan akan ditamatkan pada 6 petang, 8 Disember.

Bagi murid yang tidak dapat hadir mengambil dokumen pelaporan, waris dibenarkan mengambilnya bagi pihak murid.

Beliau berkata semakan keputusan UPSR dan Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) 2018 juga boleh dibuat melalui portal Lembaga Peperiksaan di laman lp.moe.gov.my.

PPSR merupakan dokumen yang melaporkan kejayaan murid pada akhir persekolahan peringkat rendah yang merangkumi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Psikometrik (PPsi), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan UPSR bagi murid aliran perdana atau PASR bagi murid berkeperluan khas masalah pembelajaran. –BERNAMA.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×