Didik

Result SPM Diumum Hari Ini. Yang Tak Dapat Ke Sekolah, Ini Cara Semakan Online & SMS

153
SHARES

Menerusi kenyataan rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, keputusan SPM 2018 akan diumumkan pada hari ini iaitu Khamis, 14 Mac 2019.

Oleh itu, calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi.

Cara Semak Keputusan SPM Melalui Laman Web & SMS

Bagi Calon SPM 2018 yang tidak dapat hadir atau yang terjejas dengan penutupan sekolah di daerah Pasir Gudang, semakan keputusan SPM tetap boleh dibuat melalui laman web secara online atau SMS.

MySMS 15888

  • Untuk menghantar teks pesanan mySMS 15888, taipkan SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan SMS ke 15888
  • Talian dibuka mulai 10 pagi 14 Mac hingga 20 Mac 2019.
  • Lihat contoh mesej dalam gambar di bawah.

Layari Laman Web Lembaga Peperiksaan

  • Semak melalui laman web Lembaga Peperiksaan di sppat.moe.gov.my/semakan.
  • Isikan butiran yang diminta seperti no kad pengenalan dan nombor angka giliran.
  • Klik butang ‘semak’.

Selamat Berjaya

Mudah kan?

Lepas dah semak nanti, jangan pula lupa untuk datang ke sekolah bagi mendapatkan dokumen rasmi peperiksaan SPM.

Semoga berjaya ya adik-adik!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×