Nur

Cara Semak Arah Kiblat Sempena Istiwa A’dzam, 28 Mei Jam 5.16 Petang

68
SHARES

CARA SEMAK ARAH KIBLAT

Fenomena Istiwa’ Azam adalah fenomena yang berlaku apabila Matahari berada diatas titik Zenit sesuatu tempat ketika ia melintasi di Median tempat berkenaan. Ketika Matahari Istiwa di atas Kaabah, bayang-bayang objek di mana-mana tempat di bumi yang menerima cahaya Matahari boleh menjadi panduan arah kiblat.

Dengan berlakunya fenomena ini, umat Islam berpeluang untuk melakukan semakan arah kiblat berpandukan bayang-bayang objek di sekitar tempat solat samada Masjid, Surau, Pejabat dan rumah.

CARA SEMAK ARAH KIBLAT SEMPENA FENOMENA ISTIWA A’DZAM

Pada 28 Mei 2021, Jumaat bersamaan 16 Syawal 1442H – 5:16 PM (waktu Malaysia) akan berlakunya fenomena Istiwa A’dzam.

Istiwa A’dzam ialah kedudukan Matahari tepat berada di atas Kaabah (12:16 PM waktu Mekah). Fenomena ini berlaku dua kali dalam setahun. Oleh itu, seluruh umat islam di Malaysia berpeluang untuk menyemak ketepatan arah kiblat di premis atau kediaman masing-masing.

cara semak arah kiblat

Kita boleh menyemak arah kiblat dengan menggunakan objek-objek tegak dan lurus sebagai alat pengukur bayang-bayang objek. Pastikan cuaca dalam keadaan baik (tidak mendung/hujan) supaya bayang-bayang objek jelas kelihatan dan mudah untuk ditanda.

Kaedah semakan boleh merujuk kepada infografik yang disediakan dan pastikan waktu yang dirujuk diselaraskan dengan waktu sirim.

Selesai membuat penandaan arah kiblat, maka bolehlah menyemak semula arah kiblat yang sedia ada atau membuat semakan arah kiblat di aplikasi telefon pintar masing-masing. (tertakluk kepada keadaan fungsi sistem GPS di telefon dan gangguan magnet disekitarnya).

Sumber:Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×