Dapur

Cara Sediakan Bubur Nasi Secara Ekspres Untuk Bayi, Tak Payah Tunggu Berjam-Jam!

1.1K
SHARES

Bubur nasi untuk anak-anak yang masih kecil merupakan menu wajib dimasak oleh ibu-ibu. Tetapi, bila nak buat bubur nasi, sudah pasti akan mengambil masa yang lama untuk siap sampailah nasi tersebut menjadi bubur yang betul-betul lembut. Jadi, ini perkongsian buat ibu dan bakal ibu du luar sana untuk memudahkan persiapan membuat bubur nasi sama ada sebelum pergi kerja ataupun untuk anda yang merupakan suri rumah. Cepat sikit siap!

CARA BUAT BUBUR NASI BAYI DENGAN MUDAH

1.First Cik Emy akan basuh bersih-bersih beras ni, sambil basuh selawat lepastu doa “Ya Allah, seperti mana kerasnya beras ini menjadi lembut, kau lembutkan juga hati anakku Ya Allah”, ikut cara masing-masing la basuh beras macam mana kan, janji basuh elok-elok na . Lepastu rendam sat dalam 15 minit ka macam tu, dan beras tu tak kesah jenama apa pun ok.

2. Toskan

3. Kemudian sediakan bekas kecik comel-comel ni, Cik Emy beli kt kedai eco RM2 je. Ada 6 pieces tak silap.

4.Boh la beras tadi tu dalam bekas ni dan letak air jugak ya.

5. Last masukkan dalam peti ais tempat beku.

6. Bila nak buat makan anak, Cik Emy ambil satu bekas dah beku tu Cik Emy keluarkan dari bekas dan letak terus dalam kuali kecik macam ni.

7. Sat ja masak tak sampai sejam pun nah.. lepastu hampa blender la nasi ni dgn ayam n sayur yang di’stim’ dan kalau rajin tu hampa lenyek bahan blender tu pakai penapis. Bubur tu jadi lembut sangat² , mmg sesuai la untuk anak yang baru nak start makan tu.

Sumber: Sitty Noremiliya

Most Popular

To Top