DIY & Kraf

Saluran Air Tersumbat? Rupanya Boleh ‘Settle’ Masalah Dengan Guna Dawai Spring Dari Mr. Diy Ini

31
SHARES

“Saluran air tersumbat, nak jolok dengan besi jap..”

Tunggu dulu, jangan sesekali anda guna besi atau apa-apa sahaja benda tajam ke dalam saluran air yang tersumbat! Hal ini kerana, anda mungkin akan berdepan dengan situasi dimana saluran air tersebut akan pecah. Lebih tinggi kos yang anda perlu tanggung, kerana berkemungkinan untuk pecah.

Oleh itu, terdapat satu perkongsian dari Ben Safwan dimana anda boleh menggunakan dawai spring yang boleh dibeli di kedai serbaneka Mr.DIY.

SALURAN AIR TERSUMBAT? GUNA DAWAI SPRING MR.DIY

Kemahiran ini mungkin berguna pada yang belum tahu, ibu tunggal, pasangan berjauhan atau sesiapa sahaja yang belum ada pengalaman. Kalau saluran paip tersumbat, ini langkah awal boleh dibuat sebelum anda panggil tukang sebenar. Salah satu dari beberapa cara yang ada di ruangan komen. Banyak info yang boleh anda perolehi di ruangan komen di bawah.

JANGAN SESEKALI JOLOK DENGAN BATANG PENYAPU/BENDA KERAS/TAJAM PADA SALURAN AIR. Nanti pecah, banyak kerja dan kos tinggi. Pergi hardware/Mr DIY cakap nak dawai spring bagi salur air tersumbat. Ada 3 meter dan 5 meter. Pilih. Saya pilih yang 5 meter tapi potong spring depan yang lembut sebab susah nk masuk ke saluran. Tinggalkan sikit je yang lembut lebih kurang sejengkal.

Jolok hingga masuk ke saluran. Guna lah 3-4 cara agar dia masuk. Dah masuk, putar wayar. Dia sekali datang dengan pemutar manual. Saya pakai drill. Baru puas hati wayar berbelit menangkap punca tersumbat. Saya kepitkan hujung dia dengan chuck drill dan ketatkan.

Tapi ianya sesuai untuk saluran yang jenis lurus ya untuk digunakan bersama drill. Kalau tak yakin/tak nampak saluran air camna,putar je manual pakai tangan. Putar je sampai air mula mengalir. Putar sampai puas hati dan secukup rasa. Dah tengok laju, cuba curahkan air sebaldi besar tengok kelajuan turun. Dah ok, tarik wayar naik. Siap.

Ini bukan putus tapi saya potong bahagian lembut tu. Supaya senang jolok dala saluran paip. Tinggalkan sejengkal je lebih kurang.

Satu tips berguna jaga saluran sinki dapur : SEMINGGU SEKALI JIRUS AIR PANAS KE SINKI DAPUR UNTUK BAGI LEMAK MAKANAN MENGALIR.

Harap bermanfaat.

Sumber: Ben Safwan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×