Famili

Jom Belajar Cara Pakai ‘Double Face Mask’ Yang Disarankan KKM

719
SHARES

Cara Pakai Double Mask / Pelitup Muka Berganda

Telah tular beberapa minggu lepas memperlihatkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham yang telah mengenakan ‘double’ mask atau dua pelitup muka ketika mengadakan lawatan ke beberapa fasiliti awam.

Tidak lama kemudian, beliau telah mengesahkan sendiri keberkesanan pemakaian ‘double mask’ di samping menggalakkan orang ramai untuk turut mempraktikkan pemakaiannya ketika berada di tempat sesak bagi membendung penularan wabak covid-19 di tempat awam.

dr noor hisham

“Pemakaian ‘double face mask’ lebih berkesan iaitu dapat menapis lebih 95 % virus terutama di tempat awam yang berisiko tinggi seperti di hospital”, kata Tan Sri Dr Noor Hisham.

Dengan peningkatan kes yang begitu membimbangkan ketika ini, adalah disarankan bagi semua untuk mula mengamalkannya.

Menurut Tan Sri Dr Noor Hisham, panduan pemakaian pelitup nuka berganda ‘double face mask’ telah digariskan oleh Pusat Kawalan Berjangkit (CDC) Amerika Syarikat.

Amalan pemakaian pelitup muka berganda ini telah mendapat validasi oleh pihak CDC dan Dr Anthony Fauci.

Dalam kenyataan oleh KKM yang terkini bertarikh 30 Mei 2021, pemakaian pelitup muka berganda juga adalah sangat digalakkan di tempat awam yang sesak dan kurang pengudaraan (rujuk kenyataan di bawah):

Double mask kkm pelitup muka berganda

Hasil kajian daripada CDC terbukti kaedah ini dapat meningkatkan lagi keberkesan dengan menapis lebih banyak partikel berbanding pemakaian satu pelitup muka.

Dalam kajian ini, terdapat dua kaedah pemakaian pelitup muka yang telah dijalankan seperti di bawah :

kajian cdc

Kredit Foto : kpkesihatan.com

1. ‘Knot and Tuck’ (Melipat Ear Loops)

Kaedah pertama ini dilakukan dengan mengikat gelung telinga pelitup muka serta lipatkan sisi pelitup muka bagi memastikannya tertutup rapi tanpa meninggalkan ruang.

knot and tie

Kredit Foto : kpkesihatan.com

 

2. ‘Double Mask’

Double masking merupakan kaedah  memakai dua pelitup muka.

Walaupun pemakaian dua pelitup muka ini membuatkan pernafasan menjadi sedikit sukar, ia tidak akan mengurangkan aliran oksigen kepada pemakai jika digunakan dengan cara yang betul.

Dr Fauci Double Mask

Berapakah Tahap Keberkesanan Pemakaian Pelitup Muka Berganda / Double Mask?

Hasil kajian CDC mendapati cara pemakaian pelitup muka berganda memberi perlindungan sebanyak 85.4 % manakala pemakaian cara ‘knot & tuck’ pula memberi perlindugan sebanyak 77%.

Kedua-dua kaedah ini juga didapati jauh lebih berkesan berbanding pemakaian pelitup muka jenis surgical yang membekalkan perlindungan sebanyak 56.1% serta pelitup muka fabrik yang memberikan perlidungan sebanyak 51.4%.

double face mask

Kredit Foto : kpkesihatan.com

Menerusi dapatan kajian ini, dapatlah kita rumuskan bahawa pelitup muka berganda merupakan kaedah pemakaian mask yang terbaik.

Jadi, bagaimanakah cara pakai double mask yang betul?

Jom tengok langkah di bawah.

Cara Pakai Double Mask

Cara yang betul untuk memakai double mask adalah dengan mengkombinasikan kedua-dua surgical face mask dan fabric mask pada masa yang sama.

Namun, anda tidak digalakkan untuk menggunakan kombinasu dua jenis face mask berikut untuk dijadikan pelitup muka berganda yang sama iaitu :
– Dua surgical face mask
– Dua fabric mask

Sila rujuk infografik oleh KKM di bawah:

Cara pakai double mask

 

Di samping itu, pelitup muka jenis N95 juga tidak sesuai untuk digunakan secara berganda atau dipadankan dengan pelitup muka lain. Hal ini kerana pelitup muka N 95 merupakan pelitup muka dengan piawaian tertinggi. Ia mempunyai kemampuan untuk menapis sehingga 95% partikel jika dikenakan dengan betul. Maka, tiada keperluan bagi mengenakan pelitup muka berganda bagi pemakai pelitup muka N 95.

Dengan keadaan semasa penularan Covid-19 yang membadai negara kita, adalah digalakkan bagi orang ramai untuk mengenakan pemakaian ‘double face mask’ bagi melindungi diri anda dan orang di sekeliling.

Pastikan juga anda sentiasa jaga kebersihan, mengamalkan penjarakan sosial , serta ikuti SOP yang telah ditetapkan bagi bersama-sama memerangi pandemik yang mengganas ini.

Sumber :

  • kpkesihatan.com – Panduan Ringkas Pemakaian Pelitup Muka Berganda (Double Face Mask) oleh Centers for Disease Control and Prevention (CDC), Amerika Syarika

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×