DIY & Kraf

Cara Mudah Tanam Ulam Pegaga Di Rumah, 2 Minggu Dah Tumbuh Hasil Yang ‘Fresh’!

22
SHARES

Pegaga merupakan tanaman bersaiz kecil, berjangka hayat pendek dan menjalar. Di negara kita ini, pegaga sering dijadikan sebagai herba ubatan untuk tujuan penyembuhan dan juga popular sebagai ulam makanan. Selain berkhasiat, pegaga juga mudah ditanam dan dijaga. Anda juga boleh mengisi masa lapang dengan cuba menanam ulam pegaga ni tau.

CARA-CARA MENANAM PEGAGA

1. Cari bekas atau pasu kosong. Separuh tanah kompos (kalau tak ada tanah beli di nursery pun boleh). Dan separuh lagi pasir.

2. Kenapa pasir? Kerana pegaga lebih mudah hidup bersama campuran pasir dan senang masa kita nak tarik dari akar bila dah merimbun nanti.

3. Pegaga! Beli dipasar RM2 seplastik. Pegaga yang berkhasiat ialah pegaga yang berbentuk otak. Ada belahan ditengah daunnya.

4. Cucuklah pegaga tadi terpulang pada anda. Siram dan letak dibawah tempat teduh. Pegaga tak perlukan cahaya matahari direct. Sipi-sipi pun tak apa.

5. Tadaa! Selepas 2 minggu bukan main subur dan sihat lagi pegaga ni. Anak daun dah mula tumbuh disana sini. Dan daun yang besar dah mula nak terjuntai.

6. Apa lah guna ya pegaga yang subur kalau kita tak ambil manfaatnya kan? Khasiat pegaga paling optimum ialah bila kita merebus dari daun hingga ke akar tau.

Sumber: Suhaili Baharudin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×