Kewangan

Cara Mudah Dan Selamat Tukar ‘Currency’ Duit Hanya Guna eForex

41
SHARES

Salah satu checklist yang perlu anda lakukan apabila mahu melancong keluar negara dalah menukar duit mengikut matawang negra yang bakal dikunjungi. Ramai yang masih keliru dan tidak pasti dengan cara penukaran matawang supaya mendapat pertukaran yang lebih berbaloi berdasarkan ‘rate’ wang tersebut. Oleh itu, salah satu perkongsian wanita ini menarik perhatian ramai apabila beliau berkongsi salah satu cara mudah dan selamat untuk menukar matawang dan semestinya berbaloi!

CARA MUDAH DAN SELAMAT TUKAR CURRENCY DUIT

Kepada kawan-kawan yang nak gi oversea dan nak tukar duit, meh nak share 1 cara yang mudah dan selamat Insyaallah. Mungkin ada yang dah tahu dan jika ada ralat minta betulkan ya. Ada dua cara tapi basically sama je sebab satu guna website manakala satu lagi guna apps di phone. Kalau website, www.eforex.com.my manakala di Apps pula eForex.

Pengalaman sendiri menggunakan apps eForex. Pertama perlu register. Kemudian, saya masukkan jumlah yang ingin ditukar iaitu contohnya RM 1000 kepada Thai Bhat, apps akan suggest untuk tukarkan kpd RM1024.80 supaya dapat genapkan 4000 Bhat. Masukkan details seperti nama, no ic, lokasi pilihan utk ambil duit dan bila akan ambil, bayar menggunakan online ( FPX ), dan siap. Resit akan dihantar ke email kita.

 

Saya pilih utk ambil 10hb Dec tapi dia kata paling latest mungkin 12hb Dec jika tempat yg saya nak ambil tu xde stock duit Bhat. Tapi tak sampai sejam saya dah dapat notis mengatakan duit saya dah ready dan boleh collect di Merchantrade yang saya pilih. Saya pilih yang di Batu Caves. Bila sampai sana, ada kaunter khas utk eForex user. saya tunjukkan resit dan ic. Sign resit dan dapat duit. Mudahkan?

BAGAIMANA CARA INI DAPAT MEMBANTU?

 

1. Kita dapat tahu nilai currency yang paling latest yang ditawarkan eForex. Siang malam pun berubah nilainya. Dan nilai yang ditawarkan agak tinggi.
Saya boleh dapat RM1000 = 7800 Bhat
Kawan saya pada hari yg sama dapat RM1000 = 7753 Bhat.
Malam tu saya check saya blh dpt 7806 Bhat.

2. Kita boleh book dan bayar online, pilih our Merchantrade pick up point atau minta delivery ke rumah. Banyak lokasi Merchantrade ni. Delivery ada cas kecuali tukar RM20k ke atas. Jadi nak bawa duit cash banyak takde rasa seriau sgt.

3. Pernah kan terjadi pergi money exchange, tempat tu tak cukup duit la. Kadang yang ditawarkan sikit ja. Yang ni duit dah confirm ada baru dia akan notify kita. Mudah!

4. Ada rate alert. Boleh lah buat alert kalau-kalau masa tu duit RM mahal sikit kan. Dan apps dia is pretty safe sebab tiap kali nak masuk dia mesti minta no pin apps. Even bila saya tukar ke apps lain kejap je pun.

5. Tapi untuk first time user, kena self collect duit tu. Lepas-lepas tu baru boleh delivery atau assign orang lain amikkan duit. Pastu ada diskaun RM10 lagi tau tuk first time user.. sape nak bagi kann

6. Tapi! Minimum utk tukar duit ialah RM500 .. kurang daripada tu boleh terus gi Merchantrade branches je.

Tuj e lah dulu kot. Ni bukan iklan berbayar cuma nak share method mudah. Boleh dipercayai ataupun tidak. Boleh baca term and condition eForex dulu ya.

*Selamat mencuba!

Sumber : Farehan Fauzi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×