Rakyat

Cara Mohon Bantuan Kanak-Kanak BKK 2021, Boleh Dapat RM 1000!

3.6K
SHARES

CARA MOHON BANTUAN KANAK-KANAK BKK 2021

Buat ibubapa atau penjaga yang mempunyai anak-anak dalam jagaan yang berumur 18 tahun kebawah boleh memohon Bantuan Kanak-kanak 2021 (BKK) sehingga RM1000 Sebulan untuk 1 keluarga.

Bantuan Kanak-kanak 2021 atau BKK adalah bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyrakat (JKM) yang diberikan khas untuk membantu keluarga / penjaga / kanak-kanak untuk meneruskan kelangsungan hidup dan anak-anak mendapat jagaan sempurna.

BANTUAN KANAK-KANAK 2021 DINAIKKAN JADI RM1000

Datuk Seri Rina binti Mohd Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengumumkan kenaikan jumlah bantuan kanak-kanak RM1000 sebulan berbanding sebelum ini RM450 untuk satu keluarga.

Jumlah BKK lama:

-Maksimum bagi seorang anak akan menerima RM 100.

-Maksimum sebanyak RM 450 jika anak melebihi 4 orang.

Jumlah BKK 2021:

Kadar minimum adalah sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan (keseluruhan) dengan pecahan seperti berikut:

-Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat RM 150 (sebulan) seorang.

-Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah akan mendapat RM 200 (sebulan) seorang.

-Maksimum sebanyak RM1,000 sekeluarga sebulan.

CARA PERMOHONAN

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

BORANG YANG BERKAITAN

1.JKM 18 Borang Permohonan Bantuan

2.JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

*Boleh cuba!

Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×